Pemain tengah Newcastle Jets, Syahrian Abimanyu sedang giat meningkatkan tahap kecergasan sekaligus membuat penampilan pertama bersama kelab Australia itu.
Dalam satu temu bual bersama pihak kelab, pemain yang mesra disapa Abi itu menyatakan sudah tidak sabar untuk beraksi dan memberikan impak bersama pasukan.
“Apabila saya sudah 100 peratus cergasdan bersedia sepenuhnya, saya mahu beraksi dan memberikan impak kepada pasukan.
“Staf kejurulatihan banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sini. Semua pihak mengalu-alukan kedatangan saya.
“Pasukan ini mempunyai kualiti yang tersendiri dan saya harap kami dapat menjalankan kerjasama dengan baik,” kata Syahrian Abimanyu.
Syahrian merupakan salah seorang pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selain Liridon Krasniqi bagi menghadapi saingan musim 2021.
Liridon setakat ini telah membuat dua penampilan iaitu pada perlawanan menentang Sydney FC dan Adelaide United.
Baca artikel lain mengenai perkembangan liga bola sepak Asia di sini:
Craig Deans: “Liridon Sudah 12 Bulan Tidak Beraksi Dan Dia Perlukan Lebih Banyak Minit Permainan”
Ngo Hoang Thinh Digantung Satu Musim Selepas Mematahkan Kaki Pemain Tengah Vietnam
Subkhiddin Kongsikan Jenis Hukuman Yang Mungkin Dikenakan Terhadap Natxo Insa