Dua pemain muda yang sedang meningkat naik, Suphanat Mueanta dan Arif Aiman masing-masing muncul sebagai pemain muda yang memiliki nilai pasaran tertinggi di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Baca Juga:

Menurut perkongsian Main Stand International, Suphanat Mueanta menduduki tangga pertama dalam senarai tersebut dengan nilai pasaran semasa €700 Ribu atau sekitar RM3.3 Juta diikuti dengan Arif Aiman dimana nilai pasaran semasa pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu adalah sebesar €400 Ribu atau sekitar RM1.9 Juta.

Turut berada dalam senarai ialah pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia iaitu Rizky Ridho dimana beliau menduduki tangga ketiga dengan nilai pasaran €275 Ribu atau sekitar RM1.2 Juta. Pemain sayap Selangor, Hein Htet Aung berada di tangga keempat dengan nilai pasaran €175 Ribu atau sekitar RM810 Ribu.

Suphanat dan Arif sememangnya berada di tahap tersendiri dimana masing-masing pemain menjadi pemain utama bagi negara dan kelab masing-masing baik ketika beraksi di saingan peringkat domestik ataupun antarabangsa.

Suphanat Mueanta Arif Aiman
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Adik kepada Supachok Sarachat itu ketika ini memegang rekod sebagai penjaring termuda dalam sejarah saingan AFC Champions League (ACL) dimana beliau menjaringkan gol pada umur 16 tahun dan 8 bulan ketika perlawanan menentang Beijing Guoan yang menyaksikan Buriram tewas dalam perlawanan tersebut.

Manakala Arif pula menjadi salah seorang watak utama JDT ketika memenangi empat trofi musim lalu iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.