Bintang muda Thailand, Supachok Sarachat berazam untuk membawa negaranya layak ke kejohanan terbesar dalam dunia bola sepak iaitu temasya Piala Dunia.
Bagi menghadapi baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Supachok menjadi salah satu harapan Thailand di barisan serangan ekoran ketiadaan pemain senior, Teerasil Dangda.
Bercakap kepada FIFA, Supachok menegaskan bahawa sekiranya Thailand layak ke Piala Dunia pada 2022 nanti, maka ia akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidupnya.
"My goal is to help Thailand reach the World Cup"
As Thailand prepare to navigate a tricky finale to #WorldCup Round 2 qualifying, we hear from young ace Supachok Sarachat – one of the nation's many rising stars 💫🇹đź‡@Changsuek_TH | @theafcdotcom
👉 https://t.co/acCcu6UTkr pic.twitter.com/bTBh8fAJHV
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 2, 2021
“Impian saya ialah memenangi saingan AFC Champions League (ACL) bersama Buriram. Akan tetapi, Jika melibatkan pasukan kebangsaan, sudah pasti layak ke Piala Dunia adalah sasaran utama.
“Sekiranya kami layak ke temasya di Qatar nanti, ia akan menjari pencapaian terbesar dalam hidup saya dan saya akan bekerja keras untuk memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan,” kata Supachok Sarachat.
Supachok bakal bergandingan dengan adiknya, Suphanat Mueanta dan seorang lagi pemain muda, Supachai Jaided di bahagian serangan Thailand bagi menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.
“Saya gembira beraksi bersama Suphanat dan Supachai kerana kami bertiga ialah pemain muda. Sebagai rakan sepasukan, kami mempunyai persefahaman yang baik dan memiliki matlamat yang sama.
“Hubungan kami di luar padang juga banyak membantu dalam meningkatkan persefahaman ini sekaligus dapat membantu ketika beraksi bersama skuad kebangsaan,” tambahnya.
Thailand akan menghadapi Indonesia pada 4 Jun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Jun dan Malaysia pada 16 Jun.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
FAM Buka Peluang Lebih Ramai Pemain Kacukan Beraksi Bersama Harimau Malaya
Nguyen Van Toan: Pemain Naturalisasi Jadikan Malaysia Lebih Kuat