Pemain import Perak, Sunday Afolabi menjadi bualan peminat bola sepak dunia selepas beliau memenangi anugerah ‘Fallon d’Floor’, sebuah anugerah yang diberikan oleh salah satu media terkenal di England iaitu Daily Mail.

Baca Juga:

‘Fallon d’Floor’ ialah anugerah yang diberikan kepada pemain yang melakukan simulasi terburuk atau erti kata lain ‘worst dive’ dan tindakan Sunday ketika Perak berdepan TRW Kelantan dalam saingan musim lalu telah menarik perhatian media tersebut.

“Pada minit ke-85, seorang pemain sedang menerima rawatan di tepi padang manakala Perak mendapat pukulan sudut. Afolabi memutuskan untuk menghiburkan penonton semasa permainan terhenti dengan tarian yang berlebihan.

“Semasa dia melompat ke atas dan ke bawah di hadapan pemain lawan, Afolabi kemudian kelihatan kakinya dipijak oleh pemain Kelentan, menyebabkan dia jatuh dan seolah-olah mengalami kesakitan.

“Pemain tengah Nigeria itu kemudiannya berguling lapan kali di dalam kotak, memegang muka dan kakinya sambil menjerit kesakitan.

Sunday Afolabi
Sunday Afolabi

“Sudan tentu dia cuba membuang seberapa banyak masa dalam permainan itu. Afolabi kemudiannya kembali bangkit dan meneruskan perlawanan, dengan Perak memenangi tiga mata.

Selain Afolabi, insiden pemain Liga Premier Kanada, William Akio dari pasukan Valour FC yang menafikan jaringan rakan sepasukannya sendiri turut berada dalam senarai.

Pada minit ke-17 permainan, Alessandro Riggi berjaya menewaskan penjaga gol lawan dan menolak bola ke dalam gawang, tetapi Akio dengan pantas mengeluarkan bola yang belum melepasi garisan gol.

Cristiano Ronaldo turut tersenarai dalam anugerak Daily Mail selepas wawancaranya bersama Piers Morgan yang menyebabkan kontrak pemain itu bersama Manchester United ditamatkan.

Ronaldo mengkritik pengendali United, Erik ten Hag rakan sepasukan serta kelab dalam wawancara berkenaan yang dilakukan sebelum Piala Dunia. Kontraknya ditamatkan ketika dia bersama negaranya di Qatar.

Sunday Afolabi
Sumber Gambar: Daily Mail

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez turut berada dalam senarai ekoran tindakannya yang meletakkam trofi Penjaga Gol Terbaik di kemaluannya.

Ekoran tindakannya itu, pengurus Aston Villa, Unay Emery mahu menjualnya kerana menganggap tindakan penjaga gol itu sebagai biadap.