Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy mengakui tidak boleh menerima kekalahan 2-3 kepada Malaysia pada aksi sulung kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Dalam perlawanan itu, mereka mendahului lawan dua kali menerusi jaringan Beto Goncalves pada separuh masa pertama, namun kebangkitan skuad Harimau Malaya pada separuh masa kedua telah meranapkan impian Garuda untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

“Susah untuk diterima dan telan kekalahan ini. Kita tahu 20 minit pertama kami menampilkan permainan yang bagus. Cuma 20 minit terakhir kami mula penat dan dihukum dengan satu ‘crossing’, ” kata McMenemy dalam sidang media selepas perlawanan.

70373230_2363749200388497_5413522027082416128_o
FOTO: FAM

Pada masa yang sama, McMenemy turut mengkritik jadual Liga Indonesia yang dilihat terlalu padat sehingga menyebabkan beberapa pemain dalam pasukannya mudah keletihan dan tidak mampu untuk bermain selama 90 minit.

“Di Liga Indonesia, mereka beraksi sebanyak tiga kali seminggu. Pemain saya kelihatan sangat letih. Stefano Lilipaly bermain terlalu banyak dalam liga, begitu juga Andik Vermansah. Ricky Fajrin juga mengalami kecederaan, akhirnya kita ganti dia. Saya tidak mahu mencari alasan, saya akui dengan kekalahan ini.

“Kita kena perbaiki semula jadual perjalanan liga ini. Di negara lain, liga mereka sedang bercuti tetapi di Indonesia, perlawanan tetap diteruskan seperti biasa bahkan sehingga cuti krismas. Jadi, kita harus perbaiki itu dahulu baru boleh melangkah ke depan,” tegasnya.

69684812_2363749557055128_5902191504666918912_n
FOTO: FAM

McMenemy turut memohon maaf kepada penyokong kerana anak buahnya tampil dengan corak permainan yang membosankan ketika separuh masa kedua. Beliau menjelaskan pemainnya sudah kekurangan tenaga di hujung minit permainan.

“Di separuh masa kedua, kaki pemain sudah sakit, fikiran juga kusut, jadi itu membuatkan reaksi pemain tidak bagus. Mereka sudah melakukan yang terbaik. Malah mereka tetap berlari sehingga akhirnya sudah tidak boleh berlari lagi. Setelah perlawanan tamat, pemain semua jatuh kerana terlalu letih,” katanya.

Klik artikel dibawah untuk membaca lebih lanjut mengenai perjalanan perlawanan ‘el-klasiko’ nusantara semalam.

Jaringan Sumareh Hancurkan Impian Garuda Kutip Tiga Mata Penuh

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

Syed Saddiq: FAM Akan Buat Aduan Rasmi Insiden Di Gelora Bung Karno Kepada FIFA

Sumber