Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam menegaskan mereka tidak mahu menendang mana-mana pasukan dari saingan Liga Malaysia.
Baca Juga:
- Lagenda TRW Kelantan Anggap Masalah Kali Ini Terlalu Berat
- MFL Bantu ‘Bayar’ Tunggakan Gaji Sarawak United Dan Melaka United
- Individu Ini Nasihati Andik Vermansah Agar Tidak Sertai TRW Kelantan
Stuart berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis tunggakan gaji yang sedang dialami oleh TRW Kelantan ketika ini dimana beliau tidak menolak hukuman sebegitu akan dikenakan sekiranya pasukan terus culas dalam membayar gaji pemain dan pegawai.
“Kita mahu setiap pasukan memulakan musim di luar hutang dan seperti sedia maklum, MFL membuat keputusan tegas apabila memastikan dua pasukan bermasalah tidak menerima lesen kebangsaan iaitu Sarawak United dan Melaka United.
“Itu adalah tindakan terakhir apabila kita perlu melaksanakan tindakan selepas beberapa peringatan dan langkah untuk memastikan masalah itu dapat diselesaikan.
“Bukan niat MFL untuk menendang keluar pasukan tetapi ini adalah integriti liga dan kestabilan semua pasukan di sini,” katanya ketika ditemui dalam acara pelancaran jelajah trofi Piala Malaysia 2023 baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Stuart Ramalingam berharap Kelantan dapat menyelesaikan segala masalah yang berlaku sebelum hujung musim ini.
“Kami harap kita tidak akan kehilangan pasukan pada Oktober nanti. Dengan hala tuju lembaga pengarah MFL, kita ambil serius dengan apa-apa kekurangan daripada isu gaji pada musim ini.
“Isu Kelantan FC menjadi tular tetapi kami harap mereka boleh selesaikan perkara ini. Mereka tidak ada masalah pada tahun lepas tetapi ia berlaku pada tahun ini dan saya harao ia boleh diselesaikan sebelum hujung musim,” tambahnya.