Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan venue rasmi Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil telah ditutup mulai hari ini untuk kerja baik pulih keadaan padang dan fasilitinya.
Menurut kenyataan rasmi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu kualiti padang dan fasiliti venue berkenaan selepas dikritik hebat oleh penyokong bola sepak tempatan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 yang berakhir semalam.
“Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja baik pulih, namun keadaan semasa memerlukan tindakan lebih segera.
“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan. Dengan ini, KBS ingin memaklumkan SNBJ akan ditutup mulai Rabu bagi kerja baik pulih dimulakan,” katanya.
Kenyataan Media Kementerian Belia dan Sukan berkaitan isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil. pic.twitter.com/kXr9YljLqc
— Man Olimpik 🥇🇲🇾 (@ManOlimpik) June 14, 2022
Imej Malaysia sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023 tercalar apabila keadaan padang bertukar menjadi lebih teruk akibat hujan lebat yang turun lebih dua jam sebelum perlawanan bermula Sabtu lalu.
Malah, para petugas terpaksa menggunakan penyodok atau kertas kadbod untuk membuang air sekaligus mencetus pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan tindakan menggunakan ‘penyodok sampah’ tersebut adalah tidak wajar kerana mengakibatkan padang menjadi rosak.
Beliau berkata, PSM sudah mencadangkan supaya perlawanan pada malam tadi dilewatkan untuk tempoh sekurang-kurangnya setengah jam namun pihak penganjur tetap mahu meneruskannya seperti waktu ditetapkan.
Baca artikel lain mengenai isu padang melalui pautan dibawah.
PSM Jelaskan Punca Padang Jadi Rosak Dan Bertukar Sawah Padi
Akram Mahinan: Harap Semua Negeri Ada Padang Seperti Stadium Sultan Ibrahim
TMJ Capai Kata Sepakat Dengan Pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil Untuk Tukar Padang