Pemain tengah Kuala Lumpur City, Akram Mahinan menggesa agar semua negeri memiliki padang berkualiti tinggi seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Akram berkata demikian di laman media sosial Twitter miliknya selepas beliau menyaksikan aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Permukaan padang SNBJ dilihat becak dan ada peminat yang menganggap padang sebagai kubang kerbau selepas hujan turun sebelum perlawanan bermula.
Frust dgn padang again and again and again ๐ . Klu tak hujan pon klu tgk dari atas mmg cantik cuba main boleh tau teruk dia mcm mana๐. Harap semua negeri ada padang mcm ssi ๐๐ป kluaq la modai sikit padang traning sama baru boleh cerita next level! ๐ฒ๐พ
— akramNinho ๐ฒ๐พ๐๐ผ๐ต๐ธ (@AkramMahinan) June 11, 2022
โKecewa dengan padang, lagi dan lagi. Kalau tak hujan pun, kalau tengok dari atas memang cantik tapi cuba main boleh tahu teruk dia macam mana. Harap semua negeri ada padang seperti Stadium Sultan Ibrahim.
โKeluar la modal sedikit untuk padang latihan baru kita boleh cerita tahap selanjutnya,โ kata Akram Mahinan.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) June 11, 2022
Keadaan padang sememangnya memberi kesukaran untuk menampilkan aksi terbaik dimana ada beberapa bahagian padang yang digenangi air sekaligus sukar untuk pemain menggerakkan bola.
Pada perlawanan semalam, ketua jurulatih, Kim Pan-gon membuat perubahan apabila hanya mengekalkan Farizal Marlias, Matthew Davies, Mohamed Syamer Kutty Abba, Dion Cools, Corbin-Ong dan Darren Lok di kesebelasan utama.
Pasukan negara berjaya membuka tirai jaringan pada separuh masa kedua menerusi Mohamadou Sumareh setelah pemain itu menolak masuk hantaran daripada Khuzaimi Piee dari sebelah kiri.
Kegembiraan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama dua minit selepas hantaran jauh Mahdi Faisal Alhumaidan mencari Hashim Sayed Isa dan beliau mengumpan bola buat Ali Abdula Haram yang tidak dikawal pertahanan bagi kembali menyamakan kedudukan.
Malang menimpa skuad negara apabila Bahrain dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan Farizal Marlias terhadap Ali Jaafar Madan ketika situasi kelam-kabut di hadapan gawangnya.
Penyerang gantian, Abdulla Yusuf Helal yang mengambil sepakan tersebut pada minit ke-81 tidak berdepan masalah untuk menambah jaringan kedua Bahrain.
Kedudukan itu kekal hingga tamat permainan untuk Bahrain melonjak ke tangga teratas dengan enam mata manakala skuad negara di kedudukan kedua berikutan kelebihan perbezaan jaringan berbanding Turkmenistan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Kelayakan Piala Asia: Jaringan Penalti Bahrain Kecewakan Skuad Negara
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Sempena Kelayakan Piala Asia 2023