Sri Pahang gagal manfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila terikat tanpa jaringan dengan juara Liga Super 2022, Johor Darul Tazim (JDT) di Stadium Darul Makmur.
Baca Juga:
- Kedah vs JDT: Shane Lowry Disahkan Patah Siku
- JDT Akan Tubuh Pasukan Futsal Mulai Tahun Depan
- Dollah Salleh: Kebangkitan Sri Pahang Bukan Kerana Idea Saya Seorang
- Sri Pahang Tagih Kepakaran Dollah Salleh, Fandi Ahmad
Perlawanan ini bermula dengan agak lewat pada pukul 10.30 malam disebabkan oleh hujan lebat yang turun tanpa henti. Situasi itu menyebabkan keadaan padang bertakungan sekaligus menyukarkan kedua-dua pasukan membuat hantaran dengan lancar.
Malah, Harimau Selatan yang beraksi tanpa dua tonggak import iaitu Bergson dan Shane Lowry terpaksa membuat pertukaran pemain lebih awal pada minit ke 23 dengan memasukkan Safiq Rahim bagi menggantikan tempat Leandro Velaquez kerana mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, JDT menguasai perlawanan dan memperolehi peluang terbaik untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi Fernando Forestieri namun sempat dihalang oleh benteng pertahanan Sri Pahang.
Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh jentera serangan kedua-dua pasukan dan keadaan padang yang basah menjejaskan rentak permainan mereka. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Level at the break
More photos at https://t.co/BCo9qUK4ah#SRPvJDT#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/e3jiYDuFja
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 7, 2022
Separuh masa kedua menyaksikan JDT bangkit lebih garang dan nyaris menjaringkan gol pada minit ke 51 menerusi percubaan Forestieri ketika gawang sudah pun terbuka tetapi sempat ditanduk keluar oleh pemain pertahanan import tok gajah, Sherzod Fayziev.
Ketika ini, JDT melakukan banyak pertukaran pemain dengan mengeluarkan tonggak utama seperti Afiq Fazail, Matthew Davies, Arif Aiman dan Forestieri bagi mengelakkan mereka mengalami kecederaan serius.
Kesempatan itu gagal dimanfaatkan oleh Tok Gajah kerana jentera serangan mereka jelas tumpul dan tidak mendapat lorongan bola yang tepat daripada bahagian tengah.
JDT juga gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang maka 90 minit perlawanan berakhir tanpa jaringan. Keputusan seri ini bermakna rekod tanpa kalah Harimau Selatan masih belum dileburkan selepas mengharungi perlawanan Liga Super musim ini.
Manakala Sri Pahang kekal di tangga kelapan dengan 25 mata dan masih berpeluang untuk naik ke kedudukan keenam jika konsisten kutip 3 mata dalam baki 2 perlawanan terakhir selepas ini.