Pasukan Sri Pahang mengucapkan terima kasih kepada bekas penyerang importnya, Dickson Nwakaeme yang mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan itu, Dickson membina reputasi dan dianggap salah seorang penyerang terbaik yang pernah menyarung jersi skuad Tok Gajah.
“Seluruh warga Sri Pahang merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme, yang secara rasminya membuat keputusan menoktahkan karier sebagai pemain pada usia 35 tahun.
Thank you Dicksonhttps://t.co/7s14wtdI4q pic.twitter.com/nSj0gwFSxW
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 3, 2021
“Dickson mewakili Sri Pahang dua kali dari 2014 – 2015 dan 2019 – 2020 di mana dia membina nama dan reputasi sebagai salah seorang pemain import terbaik pernah disaksikan dalam jersi tok gajah.
“Bukan sahaja di atas padang, malah Dickson turut membina hubungan yang baik bersama penyokong-penyokong di Darulmakmur maka tidak hairanlah dia begitu disenangi dan disayangi, sekaligus tidak keterlaluan dikatakan memahat status legenda Sri Pahang.
“Sumbangan besar Dickson kepada Sri Pahang akan selamanya dikenang dan kelibatnya akan sentiasa dirindui, selamat bersara, Dickson Nwakaeme!
Sepanjang menyarung jersi Sri Pahang, Dickson Nwakaeme membantu pasukan itu memenangi Piala FA dan Piala Malaysia pada 2014 selain Piala Sumbangsih pada 2015.
Selain beraksi bersama Pahang, Dickson juga pernah beraksi bersama satu lagi pasukan Pantai Timur iaitu Kelantan dimana beliau membantu The Red Warriors memenangi Piala FA dan Piala Malaysia pada 2013.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Safee Sali Disahkan Demam Denggi, Bojan Hodak Pertaruhkan Romel Morales Di Posisi Serangan
Perak Rehatkan Chong Yee Fatt, Shahril Nizam Khalil Diberi Tanggungjawab Kendalikan Pasukan