Skuad Malaysia bawah 17 tahun (B-17) bakal dihantar ke Qatar untuk menjalani latihan di sebuah akademi bola sepak bertaraf dunia iaitu Akademi Aspire pada bulan April nanti.
Baca Juga:
- Presiden FAM Yakin Skuad Malaysia B-16 Boleh Pergi Jauh
- FAM Mahu Jadikan Akademi Mokhtar Dahari Setanding Dengan Akademi Aspire
- Aqil Akashah, Produk Kerteh FC Tarik Minat Pengendali Skuad Malaysia B-17
Perkembangan itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu temubual secara eksklusif bersama pihak media.
Pasukan kendalian Osmera Omaro itu dalam persiapan untuk menghadapi Piala Asia B-17 yang berlangsung pada 3 hingga 20 Mei 2023 di Bangkok. Kejohanan ini turut menawarkan 4 slot ke Piala Dunia B-17 di Peru untuk pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Hamidin turut letak harapan tinggi untuk melihat skuad negara layak ke Piala Dunia B-17 secara merit kerana berpendapat pasukan ini mempunyai potensi dan masa depan yang cerah.
“Ini impian saya dan kita semua. Macam saya katakan, ia tidak mustahil. Kita lihat pasukan ini ada potensi dan mereka sekarang giat berlatih di Gambang, Pahang.
“Sebahagian besar pemain dikekalkan dan akan ada tambahan pemain bagi memperkuatkan pasukan ini.
“Saya mahu mereka cuba layak kerana ini adalah skuad masa depan dan aset pasukan kita,” katanya.
Sebelum menjalani latihan di Akademi Aspire, pemain muda negara akan diterbangkan terlebih dahulu ke Jepun bagi menyertai kejohanan jemputan di negara Matahari Terbit itu pada bulan depan.
“Untuk pengetahuan, pasukan ini akan ke Qatar, saya sudah berhubung dengan Qatar dan mereka sudah bersetuju semua dari 9 hingga 24 April, sebelum mereka pergi ke Bangkok.
“Saya dan FAM memang bagi tumpuan terhadap pasukan iniā¦ini sebenarnya impian kita semua dan tak mustahil kerana senior dan junior ini jauh.
“Di Jepun akan ada kejohanan disertai pada bulan Mac nanti dan selepas itu akan ke Akademi Aspire selama tiga minggu di sana,” katanya.