Skuad Malaysia bawah 15 tahun (B-15) meneruskan rentak cemerlang apabila mengikat tuan rumah China, 1-1 dalam perlawanan kedua kejohanan jemputan antarabangsa di Haikou City, semalam.

Meskipun ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama hasil jaringan daripada Liu Ruichen, ia langsung tidak mematah semangat anak buah P. Maniam untuk mencari jaringan penyamaan pada minit akhir perlawanan melalui jaringan Muhammad Nabil Qayyum.

Keputusan tersebut membuktikan pemain muda kita mampu bersaing di pentas antarabangsa selepas mereka melakukan kejutan terbesar dengan menewaskan pasukan gergasi Asia, Iran 2-0 kelmarin.

138244363_15636697826291n
FOTO: NEWS.CN

Esok mereka akan bertemu Korea Utara dalam perlawanan terakhir sebelum berlepas ke Thailand untuk menghadapi Kejohanan AFF B-15 yang akan bermula pada 24 Julai hingga 10 Ogos 2019 di Institut Pendidikan Fizikal, Chonburi.

Korea Utara berjaya menewaskan Iran, 3-1 dan ia bakal menjadi ujian terbaik untuk skuad negara menguji kemampuan mereka bertemu lawan yang lebih kuat sebelum saingan AFF B-15 bermula, di mana mereka telah diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Thailand, Laos, Kemboja, Brunei DS dan Australia.

CFA U15 vocket-01

Selain itu, mereka turut akan menghadapi kelayakan kejuaraan AFC b-16 2020 pada bulan September ini dimana mereka diundi dalam Kumpulan J dan akan bertemu Kemboja (18 September 2019), Laos (20 September 2019) dan Jepun (22 September 2019) serta Laos yang merupakan tuan rumah bagi kumpulan tersebut.