Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) kelmarin menjadi pasukan pertama Liga Malaysia yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

Selain pegawai dan pemain pasukan Liga Super Kedah, pihak pengurusan turut disenaraikan sebagai penerima dos pertama vaksin Sinovac dan dos seterusnya selepas tempoh matang 21 hari.

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan wabak pandemik itu. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

Suntikan vaksin ini juga penting untuk KDA FC kerana mereka bakal ke luar negara menghadapi saingan AFC Cup di Singapura.

“Pihak pengurusan KDA FC mengambil langkah proaktif dengan mendaftarkan pasukan KDA FC sebagai penerima program imunisasi bagi persediaan awal untuk memastikan keserasian kesihatan pemain dalam tempoh vaksinasi selaras dengan keperluan untuk merentas negara sekitar bulan Jun nanti bagi kejohanan Piala AFC 2021.

“Terima kasih buat semua warga petugas Klinik Kesihatan Kuala Kedah yang memastikan kelancaran penerimaan vaksin berjalan lancar,” kata kenyataan rasmi.

172171657_176979264263432_3731092644262469202_n
FOTO: KDA FC

Dalam saingan AFC Cup 2021, KDA FC berada dalam Kumpulan H (Zon ASEAN) bersama kelab Liga Premier Singapura, Lion City Sailors dan wakil Vietnam, Saigon FC. Satu lagi lawan mereka akan diisi oleh pemenang ‘play-off’.

Saingan peringkat kumpulan AFC Cup 2021 dijadualkan berlangsung pada 14 Mei hingga 20 Mei 2021 (Zon Selatan & Timur), 23 Mei hingga 29 Mei 2021 (Zon Barat) serta 22 Jun hingga 28 Jun 2021 (Zon ASEAN).

Setiap pasukan dari zon ASEAN akan bermain dalam 3 perlawanan diikuti separuh akhir zon ASEAN pada 10 atau 11 Ogos dan seterusnya perlawanan akhir zon ASEAN pada 25 Ogos 2021.

Juara ASEAN akan kemudian akan menentang juara dari zon selatan, tengah dan timur di peringkat separuh akhir ‘Inter-Zonal’ pada bulan September 2021. Perlawanan akhir akan diadakan pada 26 November 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Terlalu Bangga Seri Bertemu JDT II, Adakah Ini ‘Sign of Insecurity’ Michael Feichtenbeiner Sebenarnya?

Pemerhati Bola Sepak Anggap Kelantan, Melaka Mampu Jadi Seperti JDT

Sharbinee Allawee Pernah Terfikir Hendak Bersara Selepas Keluar Dari Pahang