Seperti yang sudah sedia maklum sejak awal musim 2018, juara unifi Liga Super Malaysia 2018 akan menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019.
Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara buat kali ke 5 berturut-turut sah akan turun beraksi dalam aksi bola sepak peringkat kelab yang paling elit dan berprestij di Asia ini musim hadapan.
Sambil menunggu, 1 lagi wakil Malaysia untuk menerima slot kelayakan 2 Play-Off AFC Champions League 2019, Vocket FC cuba untuk membuat satu simulasi kedudukan Johor Darul Ta’zim dalam peringkat kumpulan kejohanan itu nanti.
Nota: Keputusan rasmi undian peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 akan diketahui sekitar bulan Disember 2018.
Mekanisma Undian Peringkat Kumpulan AFC Champions League
Sebelum terus ke simulasi, ada beberapa perkara yang perlu difahami berkaitan dengan mekanisma undian AFC Champions League seperti yang telah ditetapkan.
Prinsip Undian:
- Country Protection
- MA di ranking tertinggu dengan bilangan slot yang sama akan diundi.
- Juara liga akan berada ditempat pertama diikuti oleh baki kelab dari MA yang sama dalam slot yang ditetapkan.
- Double Match Date System (Mon/Tue for West, Tue/Wed for East) bagi memaksimakan liputan perlawanan untuk penonton dan TV.
- Kelab yang berkongsi stadium tidak akan bermain home game pada hari yang sama.
- Tiada 2 perlawanan pada hari yang sama dalam negara yang sama.
Mekanisma Undian – Asia Timur:
a) Balang Undian: One (1) Country Pot
b) Prosedur:
• Korea Selatan (3 kelab) – Juara K.League Classic, Juara Piala FA Korea Selatan, Naib Juara K.League Classic + Pemenang Playoff 1 (East) bagi country protection
• China PR (3 kelab) – Juara Chinese Super League, Juara Chinese Piala FA, Naib Juara Chinese Super League + Pemenang Playoff 2 (East) bagi country protection
• Jepun (2 kelab) – Juara J1 League, Juara Piala Emperor + Pemenang Playoff 3 (East) bagi country protection + Pemenang Playoff 4 (East) bagi country protection
• Australia (2 kelab) – Sydney FC dan Melbourne Victory FC
• Thailand (1 kelab) – Juara Toyota Thai League 1
• Malaysia (1 kelab) – Johor Darul Ta’zim
Simulasi – Asia Timur;
Susunan pasukan semasa undian dijalankan;
- Juara liga bagi MA pertama (Korea Selatan/China) akan diletakkan dipetak E1, dan baki kelab dari MA tersebut termasuk pemenang Play-Off akan berada dipetak F2, G3 dan H4.
- Juara liga bagi MA kedua (Korea Selatan/China) akan diletakkan dalam petak F1, dan baki kelab dari MA tersebut termasuk pemenang Play-Off akan berada dipetak G2, H3 dan E4.
- Berdasarkan prinsip undian, juara J1 League akan berada dipetak G1dan Juara Emperor Cup akan diletakkan dalam petak H2. Disebabkan oleh country protection, pemenang Play-Off 3 akan diletakkan dalam petak F4 dan pemenang Play-Off 4 berada di petak E3.
- Berdasarkan prinsip undian, juara Hyundai A-League akan berada dipetak H1 dan juara A-League Grand Final di petak F3.
- Senario 1: Jika E1 menjadi milik kelab dari Korea Selatan, juara Toyota Thai League 1 akan diletakkan dipetak G4.
- Senario 2: Jika E1 menjadi milik kelab dari China, juara Toyota Thai League 1 akan diletakkan dipetak E2.
- Juara unifi Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim akan menghuni kedudukan yang kosong selepas pasukan dari Thailand mengisi petak kedudukannya. (E2/G4)
Seperti yang dinyatakan dalam senario 1 dan senario 2 diatas, Johor Darul Ta’zim akan berada dipetak E2 sekiranya E1 menjadi milik Korea Selatan atau berada di petak G4 sekiranya E1 menjadi milik pasukan dari China.
1.) Johor Darul Ta’zim Di Petak E2:
- E1: Juara K.League Classic 2018
- E2: Johor Darul Ta’zim
- E3: Pemenang Play-Off 4
- E4: Pemenang Play-Off 2
2.) Johor Darul Ta’zim Di Petak G4:
- G1: Juara J1 League 2018
- G2: Juara Chinese FA Cup 2018
- G3: Naib Juara K.League Classic 2018
- G4: Johor Darul Ta’zim