Bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong dilaporkan telah menerima tawaran untuk melatih skuad kebangsaan Indonesia bagi menggantikan tempat Simon McMenemy yang ditamatkan kontrak.
Menurut laporan daripada kompas, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan mengumumkan nama jurulatih itu selepas kongres badan induk tersebut pada 25 Januari 2020.
Sebelum ini, Tae-yong sempat mengadakan perbincangan bersama Presiden PSSI, Iwan Bule di Kuala Lumpur. Malah, Tae-yong juga semakin hampir menyertai sebuah kelab Liga Super China namun PSSI pantas menghantar wakilnya, untuk berunding kembali dengan jurulatih itu.
“Maaf saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana sedang mengerjakan umrah,” kata wakil PSSI, Cucu Soemantri kepada BolaSport.com
“Ketua jurulatih Indonesia adalah Shin Tae-yong. Januari nanti kami akan memperkenalkan Shin Tae-yong,” tambahnya.
#BREAKING
PSSI Resmi Tunjuk Pelatih asal Korea Selatan, Shin Tae Yong untuk tangani Timnas IndonesiaSTY baru akan diperkenalkan pada Kongres PSSI 25 Januari mendatang#ShinTaeYong #LuisMilla #Timnas #Indonesia #TimnasIndonesia #TimnasSenior #TimnasU23 #TimnasU19 #PSSI #Pelatih pic.twitter.com/FG1a32WkmM
— Garuda Media (@garudamedia_) December 23, 2019
Sementara itu, Iwan Bule menyifatkan Tae-yong merupakan calon yang paling layak untuk mengendalikan Indonesia berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas jurulatih Seongnam Iihwa itu.
“Saya yakin Shin Tae-yong boleh memperbaiki bola sepak Indonesia dan menjadi juara. Kalau semuanya berjalan lancar, baru dia akan tandatangan kontrak. Tetapi minimum satu tahun dahulu,” kata Iwan Bule
Antara pencapaian terbaik Tae-yong sebagai jurulatih ialah membawa Seongnam muncul sebagai juara AFC Champions League pada tahun 2010 dan membantu Korea Selatan menjuarai kejohanan EAFF pada tahun 2017.
Indonesia kini menghuni kedudukan tercorot dalam kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tanpa sebarang mata selepas tewas dalam 5 perlawanan.
Mereka tekad bangkit untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawanan menentang Thailand pada tahun depan.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Ivan Jovanovic Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Skuad Kebangsaan UAE