Prestasi yang memukau yang berjaya membantu Yokohama F Marinos muncul sebagai juara J1 League buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun, menjadikan Theerathon Bunmathan sebagai pemain yang cukup penting dalam pasukan.
Musim 2019, Theerathon Bunmathan telah turun dalam 25 perlawanan dari 34 perlawanan keseluruhannya, dimana kesemuanya sebagai kesebelasan utama Yokohama F Marinos.
Sebagai pemain pertahanan kiri, beliau telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam saingan liga selepas beraksi 2,219 minit.
Atas sumbangan dan prestasi cemerlang beliau sehingga berjaya muncul sebagai regular dalam skuad gergasi Jepun itu, Yokohama F Marinos telah membuat tawaran sebanyak THB35 juta atau RM4.8 juta untuk membawa pemain SCG Muangthong United itu secara kontrak kekal selama 3 tahun.
Menurut beberapa sumber dari Thailand, SCG Muangthong United dilaporkan telah bersetuju menerima tawaran tersebut dan kini hanya menunggu pengesahan secara rasmi dari kelab tersebut.
Selain itu, Theerathon Bunmathan juga dikatakan akan menerima gaji sekitar THB1.2 juta atau RM164,648 sebulan untuk tempoh 3 tahun akan datang dari kelab yang berpangkalan di prefektur Kanagawa bersebelahan Tokyo itu.
Perkara ini adalah menjadi kebiasaan untuk kelab-kelab Jepun menilai pemain-pemain terutamanya dari ASEAN dalam saingan liga sebelum membuat tawaran yang berpatutan berdasarkan keupayaan serta prestasi seseorang pemain itu.
Selamat maju jaya Theerathon Bunmathan. Semoga kejayaan ini akan menjadi satu motivasi kepada pemain Malaysia untuk mendapat tempat secara merit dalam salah sebuah liga yang terbaik di Asia.
Artikel berkaitan dengan bola sepak Jepun dan J.League dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
JFA Tawar Insentif Wang Tunai RM113,800 Kepada Kelab J2 Dan J3 Jika Turunkan Pemain Bawah 21 Tahun
Shimizu S Pulse Dedahkan Mahu Pikat Teerasil Dangda Secara Kontrak Pinjaman Selama 1 Musim