Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kem Indonesia dikejutkan dengan satu isu dimana 4 pemain mereka tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan akhir 2 berdepan Thailand semalam selepas pihak kerajaan Singapura mengenakan sekatan.
Dalam sidang media selepas penyampaian hadiah berlangsung, ketua jurulatih Indonesia dari Korea Selatan itu jelas kecewa dengan tindakan tersebut ketika menjawab pertanyaan dari pihak media.
Shin Tae-yong walau bagaimanapun menyatakan penghargaan beliau kepada kerajaan Singapura dan juga Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kerana menganjurkan kejohanan Piala AFF 2020 ini.
Elkan Baggott, Victor Igbonefo, Rizky Dwi, dan Rizky Ridho dilarang tampil di final leg kedua Minggu (1/1) di Stadion National, Singapura.https://t.co/hDGLoQesva#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/itFxoB164z
— PSSI (@PSSI) January 1, 2022
“Sangat-sangat mengecewakan sebenarnya. ”
“Pertama, sebelum itu memang saya berterima kasih kepada kerajaan Singapura dan FAS kerana mengizinkan kejohanan Piala AFF Suzuki walaupun dalam keadaan pandemik.
“Tetapi, sangat mengecewakan dari sudut pengurusan. Memang ada banyak masalah juga berkaitan pengurusan kuarantin, dan selepas sarapan pagi ini (semalam) baru diberitahu bahawa 4 pemain itu tidak boleh diturunkan malam ini.”
Menurut apa yang diterjemahkan oleh penterjemah skuad Indonesia, 4 pemain berkenaan telah keluar dari hotel untuk membeli keperluan asas setelah kehabisan bekalan keperluan.
“Saya tahu mengenai masalah ini berlaku pada 15 Disember, 4 pemain itu telah keluar untuk membeli ‘extension’ dan syampu serta sabun. Kami telah diberikan amaran serta denda dan kita juga sudah ok.”
“Kami telah melalui perkara ini (bubble) selama sebulan dan kehabisan keperluan asas seperti itu.”
“Apa yang menjadi persoalannya adalah banyak orang awam juga ditingkat 7 dan 8 hotel. Pada hujung minggu ada orang-orang yang mabuk kerana ada parti atau majlis perkahwinan yang diadakan, menjadikan ia bising dan menggangu masa berehat kami.”
“Untuk masa akan datang, perlu ada perubahan dilakukan untuk menangani masalah seperti bagi membolehkan mereka (pemain dan pasukan) lebih fokus kepada kejohanan.”
Klarifikasi Elkan Baggott. Silakan disimpulkan sendiri pic.twitter.com/zIFueX6qNO
— ig: irawan_cobain (@IrawanCobain) January 1, 2022
Elkan Baggott sendiri melalui IG Story beliau menyatakan bahawa pegawai pasukan Indonesia sendiri yang telah memberikan kebenaran untuk mereka keluar.
“Anda dibenarkan keluar untuk ‘mengambil angin’ dan membeli barang keperluan asas di kedia 7-Eleven.”
Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya kepada pemain sendiri, dan dapat dilihat ada kekeliruan maklumat atau arahan dari pegawai pasukan sendiri.
Walau apa pun sebenarnya yang berlaku, skuad Shin Tae-yong ini dilihat sebagai satu pasukan yang berpotensi besar untuk mencabar dalam tempoh yang lama berdasarkan apa yang mereka miliki ketika ini, melainkan ada sesuatu yang menggangu.
Tahniah untuk Thailand merangkul kejuaraan kali ke-6 dan syabas untuk Indonesia!
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Sepakan Percuma ‘Enjinkaiten Jutsu’ Dari Pasukan Sekolah Tinggi Jepun Ini Tular Di Seluruh Dunia
Pengurus Thailand Sewa ‘Private Jet’ Bawa Pulang Semua Pemain Dari Singapura Dengan Lebih Selamat