Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengumumkan kolaborasi bersama kelab dari UAE, Sharjah FC selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Baca Juga:
- JDT Disenarai Dalam 15 Kelab Terbaik Asia
- Pra Musim 2023: JDT Mudah Tewaskan Kelab UAE, Fursan Hispania
- Khairy Jamaluddin Berminat Dengan Jawatan CEO JDT?
Ketika ini, skuad Harimau Selatan sedang menjalani latihan pra musim di Dubai dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh TMJ untuk melawat kelab-kelab terbaik dalam saingan Liga Pro UAE.
Sharjah FC kini berada di tangga kedua Liga Pro UAE dan mereka turut menawarkan fasiliti latihan untuk kegunaan JDT secara percuma.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim & Sharjah FC dari UAE bersetuju untuk berkolaborasi selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ke kelab tersebut ketika latihan pramusim Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai. (1/2) pic.twitter.com/EpqnwdhyNo
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) February 1, 2023
Skuad kendalian Esteban Solari itu telah menghadapi 3 perlawanan persahabatan di sana setakat ini. Mereka juga baru sahaja menewaskan kelab divisyen 2 UAE, Fursan Hispania 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium The Sevens, Dubai kelmarin.
Hari ini Harimau Selatan dijadualkan menentang gergasi Rusia iaitu FC Lokomotiv Moscow kemudian bertemu FC Zenit ST. Petersburg pada 6 Februari. Ini adalah perlawanan menarik yang pasti ditunggu-tunggukan oleh para peminat bola sepak tempatan.
Pulang ke tanah air, JDT bakal memulakan kempen Liga Malaysia 2023 bertemu dengan naib juara Liga Super 2022, Terengganu FC untuk aksi Piala Sumbangsih yang akan dikira sebagai aksi pertama Liga Super buat kedua-dua pasukan.
Perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 24 Februari depan.