Teka-teki mengenai destinasi dua pemain Perak iaitu Shahrul Saad dan Guilherme De Paula akhirnya terjawab apabila kedua-dua pemain sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi, Johor Southern Tigers dimana Shahrul bakal menyarung jersi bernombor 32 manakala De Paula menyarung jersi bernombor 31.
Welcome to the Home of Champions! 🔵🔴
More photos at https://t.co/sc46UYJNQ6#ShahrulSaad #GuilhermeDePaula#LuaskanKuasamuJohor#JDTFamily pic.twitter.com/LnUWBBHB2M
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 8, 2021
Shahrul dan De Paula dilaporkan memohon untuk dilepaskan setelah Perak menghadapi isu tunggakan gaji selama beberapa bulan sekaligus memberi kesan terhadap prestasi pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.
Semalam, pemain memboikot sesi latihan pada sebelah malam sebagai tanda tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bayaran gaji.
It looks like the Perak players are airing their displeasure over the unpaid wages. They have decided not to train today. #PafaOhPafa pic.twitter.com/KiBAyV324P
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 7, 2021
Shahrul Saad berkemungkinan besar kekal beraksi bersama JDT bagi menghadapi baki saingan musim 2021 manakala De Paula pula dilihat bakal dipinjamkan ke pasukan lain.
Baru-baru ini, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menyatakan bahawa mereka akan meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super.
Menurut kenyataan itu, 4 buah kelab dalam saingan Liga Super Malaysia yang akan menjadi destinasi pemain-pemain itu nanti adalah Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Alistair Edwards: JDT Pinjamkan Beberapa Pemain Ke Melaka United, Sri Pahang, Sabah Dan UiTM
TERKINI: Kecewa Tak Dapat Gaji, Pemain Perak Boikot Sesi Latihan
Lakar Momentum Positif, Bung Moktar Optimis Sabah Mampu Atasi Kedah