Penyerang pasukan Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui beliau menerima banyak tawaran setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.
Salam satu temu bual bersama Astro Arena, Shahrel menegaskan meskipun menerima banyak tawaran, namun beliau belum memutuskan mengenai hala tuju musim hadapan dimana beliau mahu fokus membantu Perak terlebih dahulu dalam saingan Piala Malaysia.
"Memang banyak offer yang datang kat saya" – Shahrel Fikri beri bayangan masa depan dengan Perak, bersama @zulhelmizainal1#NadiArena pic.twitter.com/vfGN7O0Mgk
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 12, 2020
“Sebagai pemain, apatah lagi sudah mencapai tahap seperti sekarang, memang ada banyak tawaran yang datang kepada saya. Saya harus berfikir panjang mengenai perkara ini.
“Status saya bersama Perak pula, kontrak saya akan tamat pada 31 Disember ini. Kami ada mengadakan perbincangan mengenai kontrak. Saya mahu menghabiskan saingan Piala Malaysia terlebih dahulu baru saya akan memikirkan hala tuju saya,” kata Shahrel Fikri.
Bekas penyerang Nakhon Ratchasima di saingan Thai League itu turut menganggapi mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan menyertai pasukan Selangor musim hadapan.
“Khabar angin adalah satu perkara biasa dalam bola sepak. Kita sebagai pemain harus menghadapi khabar angin yang berlegar.
“Bagi saya, sebagai pemain bola sepak, kita tidak boleh bermain untuk satu tempoh masa yang lama. Jika mendapat kontrak yang lebih bagus untuk masa hadapan, apa salahnya untuk kita pergi,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai Shahrel Fikri di sini:
Shahrel Fikri Mahu Buktikan Penyerang Tempatan Mampu Tandingi Penyerang Import
Shahrel Fikri Optimis Dalam Pemburuan Status Penjaring Terbanyak Liga Super 2020
Musim 2020 Jadi Medan Untuk Shahrel Fikri Bina Semula Karier