Sergio Aguero mendedahkan bahawa beliau terlalu takut untuk menyaksikan perlawanan serta kembali bermain bola sepak selepas beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat sukan kesayangannya itu.
Umum mengetahui bahawa bekas penyerang Barcelona, Manchester City, Atletico Madrid dan Indepediente itu terpaksa mengumumkan persaraan pada usia 33 tahun selepas beliau dikesan mengalami masalah pada kadar degupan jantungnya (Aritmia).
Keadaan tersebut dikesan ketika Aguero beraksi menentang Deportivo Alaves pada 31 Oktober 2021 dimana beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-42 kerana mengadu sakit dada dan pening kepala.
Aguero pada mulanya tetap mahu kembali beraksi tetapi akhirnya pada Disember 2021, beliau memilih untuk bersara daripada kancah bola sepak selepas memikirkan nasihat doktor berhubung bahaya yang bakal dihadapi sekiranya terus beraksi.
“Hari ini saya mahu bermain bola sepak, tetapi saya takut,” ujar Aguero menurut sumber laporan dikeluarkan Goal.
“Saya berlatih sepanjang hidup saya secara maksimum dan dalam pertandingan besar. Saya tidak menonton perlawanan atau berita bola sepak. Saya tidak kisah apa yang sedang berlaku.”
“Saya menumpukan perhatian kepada apa yang saya sukakan, seperti bersama rakan-rakan. Kembali untuk bermain berada di dalam kepala saya dari masa ke masa tetapi saya tahu ia sesuatu yang saya tidak boleh lakukan.”
“Mereka memberitahu saya bahawa saya beruntung kerana saya mudah untuk diserang sakit jantung. Sekarang masa untuk berehat. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan pada ketika ini,” tambah Sergio Aguero lagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:
Nama Pembantu Jurulatih Tempatan Harimau Malaya Bakal Diumumkan Minggu Ini
Cetak Hatrik Ke Atas Valencia, Aubameyang Anggap Mestalla Ibarat Rumahnya