Dua pemain Sri Pahang, Lee Tuck dan Sergio Aguero tidak dapat didaftarkan sebagai pemain tempatan sekaligus kekal sebagai pemain import pasukan itu untuk baki saingan Liga Malaysia musim 2022.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Sri Pahang cuba untuk mendaftarkan kedua pemain ini sebagai pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua musim ini namun usaha mereka tidak berjaya.
Berakhir jendela kedua perpindahan pemain malam tadi, Lee Tuck dan Sergio Aguero difahamkan tidak dapat didaftarkan sebagai pemain tempatan Sri Pahang FC.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 25, 2022
Tahun 2022 menjadi tahun kelima Tuck dan Aguero beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan tempoh ini sudah cukup untuk kedua pemain memohon untuk menjadi pemain naturalisasi seperti tiga pemain sebelumnya iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi.
Akan tetapi, usaha Sri Pahang untuk menjadikan Aguero dan Tuck sebagai pemain naturalisasi tidak mendapat sokongan daripada peminat bola sepak tanah air kerana beberapa sebab.
Antara sebab ialah usia dan juga impak yang mampu untuk diberikan oleh kedua-dua pemain apabila dijadikan sebagai pemain naturalisasi. Tuck telah mencecah umur 33 tahun dan beliau dianggap tidak mempunyai tempoh masa yang mencukupi sekiranya beraksi bersama skuad kebangsaan.
Bagi Sergio Aguero pula, beliau dianggap tidak memberikan impak yang besar bersama pasukan yang diwakilinya dalam saingan Liga Super sebelum ini.
Sebelum ini, proses naturalisasi Lee Tuck mendapat kritikan dari salah seorang bekas pemain bekas pemain Melaka United dan Felda United iaitu Curran Ferns dimana Ferns menganggap menuduh Tuck menipu rakyat Malaysia dalam usaha beliau untuk mendapatkan kerakyatan.
“Memakai lilitan ketua pasukan Sri Pahang namun menipu rakyat Malaysia dan rakan sepasukan sendiri dimana dia mendakwa mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
“Jadilah lelaki sebenar dan mengaku anda telah menipu semua orang untuk mendapatkan pasport bagi meneruskan hidup. Jika anda benar-benar sayangkan Malaysia, berhenti bermain bola sepak dan bekerja di kedai mamak dan menghargai budaya di sana.
“Tunjukkan kepada semua orang bahawa anda mendapatkan pasport dengan niat yang betul dan bukalah kedai dengan nama “Lee Roti Bar” dan segera lupakan bola sepak,” kata Curran Ferns.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Selangor Jadi ‘Lauk’ Harimau Selatan Di Stadium Sultan Ibrahim
Malaysia Antara 4 Pasukan Terbaik Dunia Alami Kenaikan Mendadak Dalam Ranking FIFA
Perak Perkenal Tiga Pemain Import Hadapi Baki Liga Premier 2022