Peminat bola sepak Indonesia akhirnya menerima berita gembira apabila proses naturalisasi dua pemain dari luar negara, Jordi Amat dan Sandy Walsh sudah mendapat restu daripada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) negara itu.
Menurut laporan Vocket FC Indonesia, dua pemain itu semakin hampir mendapatkan status warganegara Indonesia yang sah dari segi undang-undang mengikut perlembagaan negara mereka.
“Jawatankuasa III DPR setuju dengan pemberian kewarganegaraan Republik Indonesia atas nama Jordi Amat Maas dan Sandy Henny Walsh,” kata Ketua Jawatankuasa III DPR Bambang Wuryanto di laman rasmi PSSI.
Ketum PSSI Sebut Ada 7 Pemain Keturunan Yang Diajukan Shin Tae-yong, 3 Nama Sudah Mauhttps://t.co/SisDo3kdO2
— VFC Indonesia (@vocketfcID) September 1, 2022
Khidmat dua pemain itu sangat diperlukan oleh ketua jurulatih Indoensia, Shin Tae-yong bagi menghadapi saingan Piala Asia pada tahun depan. Malah, kelibat mungkin dapat disaksikan dalam saingan Piala AFF hujung tahun ini jika proses naturalisasi sudah diselesaikan.
Bagaimanapun, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mendedahkan ada satu lagi nama tambahan yang sedang berada dalam proses naturalisasi.
Pemain tersebut ialah Shayne Pattynama yang berasal dari Belanda dan kini beraksi bersama kelab divisyen 1 Norway, Viking FK. Beliau diburu untuk memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan Garuda.
Shayne juga merupakan produk akademi terkemuka Belanda, Ajax Amsterdam dan pernah beraksi bersama kelab Jong Utrecht dan Telstar.
Commission X of the Indonesian House of Representatives (DPR RI) decided to discuss the consideration of Indonesian citizenship for Jordi Amat, Sandy Walsh, and Shayne Pattynama in early September 2022. pic.twitter.com/RPx6iL1L7k
— footballIndonesia (@footballinanews) August 24, 2022
“Kami melaporkan ada satu lagi nama, iaitu Shayne Pattynama yang sekarang sedang dalam proses di Setneg (Sekretariat Negara). Mungkin nanti menyusul kerana prosesnya memang lewat,” kata Ketum PSSI.
PSSI juga berharap proses naturalisasi Jordi Amat dan Sandy Walsh diselesaikan pada bulan ini supaya dapat beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 84 dunia, Curacao pada 24 dan 27 September ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Undian Piala AFF 2022: Malaysia Berada Dalam Balang 2 Bersama Indonesia
Presiden Buriram United Enggan Hantar Pemain Muda Sertai Skuad Kebangsaan
ACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, Perjalanan JDT Terhenti Di Saitama