Selangor TOT United telah memilih pemain skuad kebangsaan Indonesia, Guntur Sulistyo Ariwibowo untuk memperkuatkan jentera pasukan tersebut bagi menghadapi saingan Piala Futsal Malaysia 2023.

Kelab yang mara ke separuh akhir Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 itu terpaksa mencari penfl fan shop male sex toys custom apparel Steelers Jerseys custom soccer jerseys cowboys jersey adidas online shop nike air max cb 94 release dates 2023 nfl plus coupon buffalo bills custom football jerseys chiefs super bowl wins custom hockey jerseys adidas ultra boost sale wig sales main baharu selepas tonggak import sebelum ini, Antonio Massanori Hirata Neto dari Jepun telah menyertai kelab Liga Futsal Sepanyol, Santa Coloma.

Selain merupakan pemain skuad kebangsaan Indonesia, Guntur hadir dengan reputasi baik sebagai pemain utama bagi kelab gergasi futsal Indonesia, Black Steel FC Papua.

Bersama Black Steel, Guntur menjadi antara tonggak penting buat kelab yang berpangkalan di Papua, Indonesia itu hingga muncul juara Kejohanan Futsal Kelab AFF 2023.

Pemain berusia 26 tahun itu juga turut merupakan sebahagian daripada anggota skuad kebangsaan Indonesia yang memenangi tempat kedua bagi Kejuaraan Futsal AFF dan Sukan SEA 2022 di Vietnam.

Anak kelahiran Kalijambe, Sragen yang berada di Jawa Tengah itu mempunyai kekuatan kaki kanan dan kiri yang cukup baik serta berbekalkan kepada kepantasan lariannya.

Malah, beliau dilihat akan mudah untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan dan permainan yang ingin diterapkan oleh ketua jurulatih, Patt Sriwijit kerana Black Steel FC Papua juga sebelum ini dibimbing pengendali dari Thailand iaitu Rakphol Sainetngam [kini ketua jurulatih skuad futsal Malaysia].

Difahamkan, Guntur Sulistyo Ariwibowo akan bersama Selangor TOT United selama sebulan atau lebih tepat lagi hanya sehingga tamat saingan Piala Futsal Malaysia.

Cabaran getir bakal dihadapi oleh Selangor TOT United pada aksi suku akhir apabila dijadualkan bertemu juara baharu MPFL, Pahang Rangers.

Selangor TOT United akan menjadi tuan rumah pada aksi pertama pada 19 Ogos nanti manakala akan berkunjung ke Kuantan berselang empat hari kemudian.