Pergaduhan besar berlaku ketika perlawanan akhir temasya Sukan SEA 2023 antara Indonesia menentang Thailand yang menyaksikan puluhan kad merah dilayangkan oleh pengadil.
Baca Juga:
- Sea Games 2023: Penantian Panjang Indonesia Berakhir, Menang Pingat Emas Bola Sepak
- Indonesia Mahu Pulang Dengan Pingat Emas Sukan SEA Untuk Rawat ‘Luka’ Bola Sepak Mereka
- Sumbangan Dharma Raj Dihargai Negara Jiran, Ditawarkan Kerakyatan Indonesia
Punca pergaduhan berlaku selepas pemain simpanan dan pegawai pasukan Thailand meraikan gol penyamaan yang dijaringkan oleh Yotsakon Burapha dan salah seorang pemain Thailand menyerang pemain dan pegawai pasukan lawan.
Adegan tumbuk menumbuk antara pemain dan pegawai kedua-dua pasukan tidak dapat dielakkan dan salah seorang pegawai Indonesia tidak bernasib baik apabila beliau pengsan setelah ditumbuk oleh salah seorang pegawai Thailand.
lebih lengkap pic.twitter.com/LoG8xOoBgC
— namau (@anindittoo) May 16, 2023
Dalam perlawanan tersebut, tiga pemain Thailand termasuk Jonathan Khemdee serta seorang pemain Indonesia iaitu Komang Teguh dilayangkan kad merah oleh pengadil ekoran bertindak berlebihan ketika pergaduhan berlaku.
Sebelumnya, Ramadhan Sananta menggembirakam kem Garuda apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama. Namun pemain skuad Gajah Perang enggan menyerah kalah dimana mereka bangkit pada separuh masa kedua.
Anan Yodsangwal menjaringkan gol pada minit ke-65 hasil daripada sepakan penjuri sekaligus merapatkan kedudukam bagi skuad kendalian Ithsara Sritharo.
Ketika kem Indonesia sudah berkira-kira untuk meraikan kemenangan, sedikit kealpaan telah menghukum mereka dimana Yotsakon Burapha kembali menyamakan kedudukan.
Indonesia kemudiannya tidak menunggu lama untuk kembali dihadapan pada minit ke-91 apabila Irfan Jauhari mengambil kesempatan di atas kesilapan Songchai yang gagal mengawal bola dengan baik sekali gus membolehkannya melakukan percubaan lambung menewaskan Soponwit.
Thailand yang beraksi dengan lapan pemain nyata gagal memberikan saingan dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Indonesia untuk menambah jaringan keempat pada minit ke-107 menerusi Muhammad Fajar Fathur Rachman dan Beckham Putra Nugraha (minit ke-120).
Kedudukan 5-2 itu kekal hingga tamat permainan untuk memastikan pingat emas menjadi milik Indonesia yang mana kali terakhir negara tersebut memenanginya (juga menewaskan Thailand) adalah pada edisi 1991 di Filipina.