SPFL – Liga Perdana Scotland – dilaporkan bakal mengambil langkah untuk menamatkan musim lebih awal.
Mereka mahu mengikut jejak yang diambil oleh Belgium di mana liga tersebut menamatkan liga lebih awal dan menobatkan Club Brugge sebagai juara.
Sebelum ini UEFA menegaskan, tiada juara untuk liga yang membatalkan liga lebih awal.
Tetapi SPFL sudah bersedia untuk tidak memperdulikan arahan UEFA itu kerana isu koronavirus yang melanda negara mereka menyebabkan krisis kesihatan.
Alasan mereka adalah, liga bukannya batal, tetapi terpaksa ditamatkan lebih awal, dan juara ditentukan berdasarkan pendahulu liga pada kedudukan semasa.
Di Belgium, Club Brugge pada kedudukan semasa berada 15 mata di atas Gent.
SPFL merasakan tiada masalah untuk mereka memberikan kejuaraan kepada Celtic. Namun mereka lebih memikirkan isu pasukan yang bakal dinaikkan pangkat/promosi.
SPFL clubs considering option to award Celtic the title to conclude season during coronavirus crisis – exclusive by Roddy Forsyth https://t.co/fbnh37hhaJ
— Telegraph Football (@TeleFootball) April 4, 2020
Isu penyingkiran akan menjadi agenda paling utama yang akan dibincangkan oleh SPFL dalam mesyuarat yang akan datang – dijadualkan pada Selasa hadapan.
SPFL tidak mahu mengumumkan liga sebagai null and void ataupun batal sepenuhnya.
UEFA sudah menegaskan bahawa, kesemua liga di Eropah diminta untuk menamatkan liga mereka.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden UEFA, Aleksander Ceferin selepas persidangan menerusi video melibatkan 55 ahli gabungan beberapa minggu lalu.
UEFA turut menunda kesemua perlawanan antarabangsa dan juga kejohanan UEFA EURO 2020 bagi memberikan laluan kepada liga di Eropah menggunakan kesempatan yang ada untuk menamatkan liga mereka.
Semalam Premier League sudah mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan liga mereka dan tidak akan membatalkannya.