Lionel Scaloni membayangkan bahawa beliau akan menggunakan skuad pilihan kedua atau skuad simpanan Argentina untuk berdepan Indonesia.

Baca Juga:

Selepas menurunkan skuad terkuat menentang Australia, Scaloni memberikan jaminan bahawa dia akan cuba memberikan peluang kepada setiap pemain yang ada untuk beraksi.

Menurut Scaloni langkah itu penting untuk memastikan dia menilai kesemua pemain bagi persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.

3 pemain diberikan cuti oleh Scaloni termasuk Lionel Messi, Angel Di Maria dan juga Nicolas Otamendi. Scaloni mendedahkan kalendar minggu antarabangsa FIFA kali ini kurang menyenangkan ramai pemain kerana ianya berlaku pada fasa awal minggu cuti bola sepak eropah.

Namun pemain pemain tetap komited demi lencana di dada.

Lionel Scaloni menambah 3 bintang Argentina tersebut tidak pernah meminta cuti daripadanya. Namun dia memberikan cuti tersebut selepas mereka melalui musim yang sangat panjang di Eropah.

Memberikan peluang agar 3 pemain itu berehat dan meluangkan masa bersama keluarga, terutama sekali Lionel Messi yang akan menyesuaikan diri dan keluarganya di tempat baharunya.

Scaloni mengulas tentang bayangan skuad yang akan bermain menentang Indonesia: “Kami merancang untuk melakukan beberapa pertukaran, dan membenarkan pemain pemain merasai peluang beraksi.”

“Ini kerana mereka semua berhak mendapatkannya dan kami perlu terus berusaha menambah pilihan pemain yang ada.”

Dia turut menyatakan bahawa beberapa pemain seperti Julian Alvarez baru sahaja tiba daripada keraian piala treble. Sementara Lautaro Martinez terpaksa melepaskan tugasan kali ini untuk berehat.

“Semua orang harus bersaing sesama mereka. Kami mahu menjaga DNA permainan kami. Setiap pemain boleh melakukan kesilapan individu namun bukan kesilapan cara bermain.”