Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan pertukaran venue perlawanan home pertama Selangor musim ini dari Stadium Shah Alam ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Langkah itu dibuat setelah Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat

Mengulas mengenai isu tersebut, ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dan berharap para penyokong dapat memenuhi stadium dimana-mana sahaja mereka bermain.

“Saya ikut pengurusan pasukan kerana yang penting saya sebagai jurulatih nak lihat penyokong Selangor bersama kita bagi memberikan sokongan padu kepada pemain.”

“Saya risaukan (keselamatan) penyokong Selangor. Saya akan sokong apa yang baik untuk penyokong Selangor. Sebagai jurulatih, kalau boleh nak lihat penyokong Selangor berada bersama kita dalam setiap perlawanan kerana mereka adalah pemain ke-12 kita.

“Soal bagaimana untuk tentukan venue (stadium), selewat-lewatnya, esok (hari ini) adalah antara FAS dan MFL,” katanya kepada Sukan Sinar.

shah-alam-Stadium.
Bumbung Stadium Shah Alam masih belum selamat.

Malah, terdapat juga cadangan yang mengatakan kesemua empat perlawanan awal skuad Gergasi Merah itu perlu berlangsung di tempat lawan. Namun begitu, Satianathan tidak bersetuju kerana ia akan menyukarkan pasukannya untuk menghuni dalam kedudukan terbaik Liga Super. 

“Kalau main di Ipoh, itu bermakna kita main empat away game. Lepas itu kita bercita-cita nak sasar kedudukan yang baik dalam liga.

“Macam mana kalau mula-mula empat perlawanan sudah main di luar, ini memang tak masuk akal,” katanya.

Selangor raih 3 mata berharga dalam perlawanan pertama Liga Super pada sabtu lepas apabila menewaskan Pahang, 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Baca artikel lain mengenai isu Stadium Shah Alam yang dilaporkan sebelum ini:

FAS Dan Pengelola Stadium Shah Alam Giat Berusaha Dapatkan Kelulusan

Stadium Shah Alam Akan Diperiksa Buat Kali Kedua Dalam Minggu Ini, Kerosakan Bumbung Jadi Fokus Utama

Pegawai Undang-Undang Ini Berkongsi Pandangan Isu Keselamatan Stadium Shah Alam Dari Sudut Perundangan