Sri Pahang terus dirundung malang apabila tewas kali keempat berturut-turut dalam 8 perlawanan terakhir yang dihadapi.

Prestasi buruk itu menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh itu kini berada di kedudukan tercorot kumpulan A dalam Piala Malaysia selepas tewas 0-1 kepada Sarawak United semalam.

Malah, keputusan tersebut turut mengejutkan jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan yang tidak menyangka anak buahnya mampu menewaskan pasukan kuat seperti Sri Pahang walaupun datang dari Liga Premier.

Menurut Elavarasan, tiga mata yang cukup berharga ini sangat membantu pasukan untuk mengukuhkan kedudukan bagi merebut slot ke suku akhir, tetapi mengakui dua perlawanan yang telah ditempuh bukanlah mudah.

“Kami pun tidak sangka dapat menang dalam aksi itu sebab tahu Pahang memang satu pasukan yang baik.

“Secara keseluruhan saya tengok kita mungkin sebenarnya ada peluang yang lebih banyak untuk menjaringkan gol dan apabila kita berjaya, nampak Pahang dah mula bagi tekanan kepada kita.

“Tetapi Taylor Regan berjaya mengatur dengan baik di bahagian pertahanan dan sebab itu tidak banyak ruang yang lawan dapat untuk jaringkan gol”, katanya kepada MFL.

Selepas ketinggalan 1-0, anak buah Dollah Salleh tidak berputus asa untuk memburu gol penyamaan tetapi dikecewakan dengan ketumpulan penyudah yang gagal menembusi benteng pertahanan lawan.

Sarawak United sebelum ini turut mengejutkan satu lagi pasukan Liga Super, Penang 3-1 ketika aksi pertama Piala Malaysia di Stadium Bandaraya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas

KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu

Langkawi City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Borussia Dortmund