Minggu lepas, Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk memberi laluan kepada tokoh yang lebih layak berkuat kuasa pada 15 Oktober.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Eksekutif KFA dalam mesyuaratnya telah sebulat suara menolak hasrat perletakan jawatan sanusi sebagai Presiden KFA.

Disebabkan itu, Sanusi turut menarik balik hasrat untuk melepaskan jawatannya dan beliau akan terus memainkan peranan penting dalan pengurusan KFA.

“Saya tarik balik surat letak jawatan… (menteri besar) ada fungsi yang sangat besar dalam sukan bola sepak di Kedah ini untuk diberi perhatian serius,” katanya dalam Bernama.

Musim depan, skuad Lang Merah akan dikenali dengan nama baharu dalam saingan Liga Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA).

Perkara ini diumumkan oleh YB Mohd Firdaus Ahmad, Exco kerajaan negeri Kedah yang juga merangkap Setiausaha Usaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam.

KDA akan diuruskan oleh Darulaman FC Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebagai pemilik saham tunggal telah bersetuju menjual saham kepada Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dengan pemilikan saham 80% oleh MBI dan selebihnya 20% akan dimiliki oleh KFA.

“Ada orang cakap pada sesi depan FA tak ada dah.., (tetapi sebenarnya) masih ada lagi FA.

“Pihak saya melalui Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) sudah bersetuju untuk membeli 80 peratus saham dalam Darulaman FC, manakala 20 peratus lagi akan dimiliki oleh KFA.

“MBI kini sedang berunding dengan beberapa pihak untuk menubuhkan konsortium dan 80 peratus itu akan dikongsi dalam kalangan (peserta) konsortium itu,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Kedah melalui pautan dibawah.

KFA Tawar RM5000 Untuk Cipta Logo Baharu Pasukan Kedah Darul Aman FC

Aidil Sharin Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Kedah

Prestasi Kedah Kali Terakhir Beraksi Dalam Saingan Piala AFC