Bintang utama Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan dalam proses untuk menandatangani kontrak baharu bersama pasukan tersebut.
Menurut The Mirror, Salah sedia untuk memberikan komitmen baharu untuk Liverpool dan juga untuk baki kariernya.
Kontrak semasa Mohamed Salah akan berakhir pada 2023 dan banyak spekulasi membelenggu berkaitan dengan rundingan tersebut.
Beberapa tawaran terdahulu gaga mencapai kesepakatan termasuk tawaran akhir dengan gaji £400,000 seminggu.
Liverpool pastinya tidak rela kehilangan Salah secara percuma. Mohamed Salah dilaporkan meminta gaji £500,000 seminggu di Anfield.
Tawaran baharu dilaporkan selama 3 tahun dengan klausa lanjutan setahun. Di mana Salah ketika itu berusia 35 tahun apabila kontrak itu tamat.
Mohamed Salah sekali lagi menunjukkan aksi luar biasa pada musim ini. Walaupun agak bergelut dengan gol dalam beberapa minggu terakhir. Masih juga dia menjaringkan 28 gol daripada 37 perlawanan dalam semua pertandingan.
Salah menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini.
Gaji semasa Mo Salah adalah £200,000 seminggu. Kira kira £300,000 kurang daripada gaji minggu tertinggi di EPL yang diterima Cristiano Ronaldo.
Mohamed Salah is now close to agreeing a new contract which will keep him at Liverpool until the end of his career, according to reports 🚨
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 2, 2022
Jurgen Klopp mengakui rundingan kontrak dengan Mo Salah menjadi rumit. Namun fokus pasukan tidak ternganggu kerananya.
Kegagalan Mesir dalam kelayakan Piala Dunia baru baru ini juga dikatakan serba sedikit mempengaruhi keputusan Salah untuk terus kekal.
Sejak menyertai Liverpool, Mohamed Salah telah membantu kelab itu memenangi EPL dan UCL. Dia merupakan pemain penting dalam sejarah Liverpool.
Namun situasi Salah ini masih belum terjamin. Oleh sebab itu kelab seperti Real Madrid dan Barcelona memantau perkembangan kontraknya.