Saingan Thai League yang dihentikan buat sementara waktu ekoran bilangan kes COVID-19 yang meningkat akan bersambung semula pada 6 Februari ini.
Menurut perkongsian Thai League Central, pihak kerajaan telah memberi lampu hijau untuk saingan liga kembali dijalankan. Namun, penyokong tidak dibenarkan hadir dan perlawanan akan diadakan secara tertutup.
BREAKING: @thaileague will be back in action on February 6 as the Thai Government gives permission for games to take place without any fans in the stadium. pic.twitter.com/eOk6OmIM1E
— Thai League Central (@TL_Central) January 21, 2021
Thai League antara liga di Asia Tenggara selain V-League yang membenarkan penonton skala kecil hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan.
Namun, apabila bilangan kes COVID-19 meningkat bermula November lalu, pengelola liga mengambil keputusan untuk menghentikan seketika saingan bagi mengelakkan wujudnya kluster bola sepak.
BG Pathum United ketika ini menjadi pendahulu dengan kelebihan 10 mata dihadapan Port FC yang menghuni tangga kedua.
Empat pasukan telah mengesahkan kemaraan ke saingan AFC Champions League (ACL) musim ini iaitu BG Pathum United, Port FC, Chiangrai United dan Ratchaburi Mitr Phol.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:
Yakult Tandatangan Kerjasama Dengan Terengganu FC, Setuju Taja RM380,000 Bagi Musim 2021