Gabungan 3 buah negara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada sah akan menganjurkan kejohanan Piala Dunia edisi 2026 selepas ‘United 2026’ itu berjaya menewaskan Morocco.
Pakatan ‘United 2026’ itu berjaya mempereroleh 134 undian berbanding 65 undian kepada Morocco dari hampir 200 wakil ahli gabungan FIFA yang membuang undian hari ini. Menurut FIFA, calon tuan rumah perlu mendapatkan 104 undi untuk menang majoriti dan ‘United 2026’ jauh melepasi angka tersebut.
Pada edisi 2026 itu nanti juga, bilangan pasukan yang akan bertanding akan meningkat dari 32 kepada 48 pasukan dimana 80 perlawanan akan diadakan dan dijangka akan berlangsung selama lebih kurang 34 hari.
Dari keseluruhan 80 perlawanan itu, 60 akan diadakan di Amerika Syarikat dan masing-masing 10 perlawanan untuk Kanada dan Mexico. Venue perlawanan pula telah dipersetujui oleh ‘United 2026’ dengan 10 venue di Amerika Syarikat dan selebihnya akan dibahagikan kepada Kanada dan Mexico.
Stadium MetLife, ‘home’ kepada kelab ‘American Football’ New York Giants dan New York Jets dengan kapasiti 84,953 tempat duduk akan menjadi venue perlawanan akhir Piala Dunia 2026.
Menurut Carlos Cordeiro, Presiden Bola Sepak Amerika Syarikat, penganjuran edisi 2026 ini akan menjadi USD14 bilion dengan keuntungan USD11 bilion untuk FIFA.