Pasukan Malaysia diletakkan dalam Pot 3 menjelang undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada 27 Julai ini di Kuala Lumpur.

Sebanyak 27 pasukan akan memulakan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan Malaysia menjadi salah satu daripada pasukan tersebut.

Antara pasukan yang berada di Pot 1 terdiri daripada pasukan ternama seperti Jepun, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan dan Australia.

Pasukan yang berada di Pot 2 seperti Uzbekistan, Bahrain, Jordan dan Vietnam menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berada di Pot 2.

Di Port 3, selain skuad kebangsaan, pasukan lain terdiri daripada Thailand, Filipina, Korea Utara dan Turkmenistan.

Pot 4 akan diisi oleh pasukan yang akan beraksi pada play-off pusingan pertama dimana 11 pemenang akan mara ke pusingan kedua.

Pasukan yang beraksi pada pusingan pertama terdiri daripada pasukan yang menghuni ranking 26 hingga 47 dalam ranking AFC dan mereka akan beraksi dalam dua perlawanan Home dan Away.

Pusingan kedua dibahagikan kepada sembilan kumpulan dengan empat pasukan setiap satu, yang masing-masing akan bersaing dalam format round robin, tempat sendiri dan tempat lawan, di mana dua pasukan teratas dari setiap kumpulan – 18 pasukan – akan mara ke Kelayakan Asia AFC.

18 pasukan ini bakal mendapat tiket automatik ke temasya Piala Asia 2027 dan mereka akan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan enam pasukan setiap satu, bersaing dalam format round robin, tempat sendiri dan tempat lawan, dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan – enam keseluruhannya – layak terus ke Piala Dunia FIFA 2026.

Pusingan akhir akan terdiri daripada pasukan tempat ketiga dan keempat daripada semua kumpulan Kelayakan Asia AFC – enam pasukan kesemuanya. Enam pasukan akan diundi kepada dua kumpulan tiga pasukan setiap satu, bersaing dalam format single round robin.

Dua pasukan tempat pertama dari kumpulan Playoff Asia akan mara ke Piala Dunia FIFA 2026. Pasukan tempat kedua daripada kedua-dua kumpulan akan bersaing dalam perlawanan playoff untuk menentukan pasukan yang akan mewakili AFC dalam Playoff Antara Benua.