Pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani bakal meninggalkan pasukan Sabah apabila dilaporkan telah menerima tawaran untuk menyertai sebuah kelab dari eropah, Dinamo Minsk musim depan.
Menurut laporan Indosport, ejen pemain tersebut, Alex Talpes mendedahkan kelab dari Belarus tersebut telah memberikan tawaran kontrak dengan gaji yang cukup lumayan serta peluang beraksi dalam saingan Europa League.
🚨 BREAKING!! Saddil Ramdani (22/FW/🇮🇩) dikabarkan menarik minat club' top Belarusia 🇧🇾 Dinamo Minsk dan akan membawa Saddil ke Eropa saat kontraknya bersama Sabah (🇲🇾) berakhir pada 30/11/2022 .. pic.twitter.com/WMf5B12cer
— FOOTBALL for EVERYONE (@Football4Evry1) July 5, 2022
Bagaimanapun, pemain yang berusia 23 tahun itu perlu menunggu sehingga kontraknya bersama Sabah berakhir sebelum berhijrah ke eropah.
“Dinamo Minsk dari Belarus menawarkan kontrak untuk Saddil Ramdani. Tawaran gajinya sangat bagus dan juga kelab yang bermain di Europa League (Kelayakan EUFA Europa Conference League).
“Dia menerima tetapi kita kena tunggu hingga akhir tahun ini ketika kontraknya bersama Sabah sudah tamat,” kata Alex Talpes.
Sebelum ini, sebuah kelab yang beraksi di divisyen utama Liga Serbia, FK Novi Pazar pernah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Bagaimanapun, permintaan kelab tersebut telah ditolak oleh Sabah FC kerana mereka hanya mahu mendapatkannya secara percuma tanpa sebarang bayaran perpindahan. Perkembangan ini disahkan oleh Pengurus pasukan, Marzuki Nasir melalui laporan dalam Bernama.Â
Difahamkan, Saddil masih mempunyai kontrak bersama Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee sehingga November 2022.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah
Ifedayo ‘Tibai’ Selangor 2-0 Selepas Pulih Daripada Kecederaan Hamstring
Aksi Faisal Halim ‘Menganjing’ Penjaga Gol Sri Pahang Curi Tumpuan
MFL Kaji Cadangan Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang