Bekas penyerang Harimau Muda, S. Kumaahran tidak menyangka beliau akan bermain di posisi yang berbeza dalam saingan Liga Super musim ini selepas menyertai pasukan Pahang secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain yang berusia 22 tahun itu pernah digelar sebagai ‘wonderkid’ dan menjadi bualan para peminat bola sepak tempatan apabila dipilih menjalani latihan bersama kelab gergasi Brazil, Cruzeiro pada tahun 2012.

Namun, impiannya untuk beraksi bersama kelab itu tidak menjadi kenyataan apabila mengalami kecederaan serius di bahagian lutut. Beliau juga turut terlepas peluang untuk mewakili skuad Malaysia B-23 dalam saingan Sukan SEA 2017.

Penghijrahan Matthew Davies ke JDT ternyata tidak memberi masalah kepada pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh apabila melihat potensi yang ada pada Kumaahran untuk beraksi di posisi pertahanan kanan.

Pencaturan Dollah itu membuahkan hasil yang lumayan apabila Kumaahran mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan sehingga mendapat pujian daripada para penyokong.

“Coach Dollah tanya kalau saya boleh bermain di posisi pertahanan kanan dan saya beritahunya saya tidak pernah bermain di posisi itu tetapi saya boleh mencuba dalam sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

“Rasa sedikit aneh tetapi saya belajar menyesuaikan diri dan memperbaiki kualiti hantaran. Saya bermain sebagai ‘rightback’ dalam 4 perlawanan awal Liga Super sebelum PKP dan semakin selesa dengan posisi baharu ini,” katanya seperti dipetik dalam The Star. 

88082341_2908064599254215_2189528190962106368_o (1)
FOTO: Pahang FA

Mengulas lanjut mengenai posisi tersebut, Kumaahran tidak melihatnya sebagai masalah besar sebaliknya menjadikannya sebagai cabaran untuk meningkatkan prestasi di atas padang.

“Saya tidak melihatnya sebagai masalah besar. Saya cuma mahu menjadi seorang pemain yang lebih baik dan bermain di posisi baru membolehkan saya memperbaiki prestasi. Saya ambil sebagai cabaran dan tidak sabar beraksi cemerlang bersama Pahang,” jelasnya.

Kumaahran juga amat mengenali Dollah Salleh kerana dia merupakan jurulatih yang pertama memanggilnya untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada tahun 2015.

“Coach Dollah sentiasa percaya dengan kemampuan saya, dia panggil ke skuad kebangsaan ketika saya masih remaja (19 tahun) dan tugasan bersama skuad negara telah membuka mata untuk beraksi lebih baik.

“Saya harap dapat membantu pahang memenangi perlawanan yang seterusnya tetapi kita fokus dahulu untuk mematuhi PKP dan jaga kesihatan,” tambahnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Kerajaan Sedia Pertimbangkan Kebenaran Sambung Semula Saingan Liga Malaysia 2020

Aidil Zafuan Tegaskan Belum Ada Penyerang Miliki Kualiti Seperti Khalid Jamlus

MUSA Lunaskan Tunggakan Gaji Pemain Bagi Bulan Februari

Sumber