Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) menyatakan mereka akan mula membuat bayaran untuk melangsaikan tunggakan gaji pemain bagi bulan Februari bermula hari ini.
Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata bayaran sebesar RM600 ribu itu membabitkan gaji barisan pemain tempatan serta pemain import.
Menurut Datuk Yusoff, perubahan tampuk pemerintahan baru-baru ini sedikit-sebanyak membantu persatuan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dihadapi sebelum ini.
“Usaha menyelesaikan tunggakan bagi bulan Mac pula giat dilakukan dan kita berharap ia akan berjalan dengan baik,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Ketua Menteri (KM) Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dilantik sebagai presiden MUSA bagi menggantikan Damian Yeo yang meletak jawatan pada bulan lalu.
Pada masa yang sama, MUSA turut melantik bekas pengendali pasukan, Asri Ninggal sebagai Setiausaha Agung yang baharu.
Menurut Asri, beliau mahu memberi fokus terlebih dahulu bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain yang sudah lama dihadapi oleh persatuan tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Nokman Akui Kuala Lumpur FA Berdepan Masalah Kewangan Yang Serius
Matthew Davies Pilih Safawi Sebagai Pemain Tempatan Terbaik Yang Pernah Dihadapi
Aidil Zafuan Tegaskan Belum Ada Penyerang Miliki Kualiti Seperti Khalid Jamlus