Bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim yang terkenal dengan kelantangan dalam memberikan pendapat tentang sukan tersebut sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan.
Baca Juga:
- Badminton Asia 2023: Yew Sin-Ee Yi Tundukkan Pasangan Nombor Satu Dunia Untuk Ke Separuh Akhir
- Terbang Ke India, Hafiz Hashim Bimbing Akademi Badminton Suchitra
- Disiplin Tinggi, Gerak Kerja Sistematik Kunci Kehebatan Badminton Jepun
Menerusi pendedahan dibuat dalam laman Twitter peribadi miliknya, Roslin yang kini bertindak selaku salah seorang daripada tujuh Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam kalangan bekas pemain negara tanpa berselindung menceritakan kepada umum masalah kronik dihadapi sukan bulu tangkis itu.
Malah, pendedahan serta luahan hati itu juga dilihat seperti berkaitan dengan diri beliau yang pastinya akan memperjuangkan apa sahaja dirasakan perlu untuk melihat badminton negara terus meningkat.
“Demi badminton. Aku bersuara sebab tak tahan lagi melihat badminton yg semakin tenat. Kenapa, setiap kali tiada pencapaian jurulatih dan pemain sahaja yang dikenakan tindakan.”
https://twitter.com/roslinhashim75/status/1681307729095438342
“Apabila aku bercakap, aku dikenakan tindakan yang kononnya aku mengaibkan dan aku juga disaman.”
“Salahkah aku untuk menegakkan kebenaran. Aku berjuang seorang diri. Rakan lain hanya diam. Sebab apa diam? Sebab takut periuk nasi terjejas.”
“Aku faham, tak mengapa. Selagi Allah bersama aku, aku sedia hadap apa sahaja yang datang.”
“Kepada rakan-rakan, aku mohon pada semua untuk doakan aku berjaya untuk hadap orang-orang yang merosakkan badminton. Aku tahu aku tiada apa-apa [kuasa dan wang ringgit].”
“Semua itu aku tiada. Hampir 32 tahun aku kerah keringat dan kudrat aku dalam sukan badminton untuk negara,” tambah Roslin Hashim lagi.