Wayne Rooney tanpa berselindung menyatakan bahawa beliau menerima tawaran rasmi daripada Everton untuk menguruskan pasukan tersebut. Namun bekas pemain mereka itu menolak tawaran tersebut.
Everton memburu beberapa nama termasuk Frank Lampard dan Vitor Pererira untuk menjadi pengurus mereka.
Lampard merupakan nama yang dikehendaki ramai peminat Everton. Kerana menurut mereka pengurus tersebut melakukan tugasnya dengan sangat baik ketika di Chelsea.
Seterusnya, Rooney juga turut menjadi antara pengurus yang berada dalam senarai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rafa Benitez selepas pengurus itu dipecat beberapa minggu lalu. Ketika ini Everton dikendalikan sementara oleh Duncan Ferguson.
Rooney mengesahkan bahawa bekas kelabnya, Everton, menghubunginya pada Jumaat. Rooney pula terpaksa menolak tawaran itu kerana fokus dengan Derby County.
Rooney menafikan beliau tidak cukup sedia untuk menguruskan kelab EPL. Tetapi lebih kepada komitmen 100% beliau sekarang adalah untuk Derby County.
Bercakap kepada umum, Rooney berkata: “Everton ada menghubungi saya untuk temuduga jawatan pengurus. Namun saya menolaknya. Saya percaya suatu hari nanti saya akan menjadi pengurus kelab EPL dan saya sudah sedia 100%.”
Rooney memulakan kariernya di Everton pada usia 17 tahun dan menjaringkan 17 gol dalam 77 penampilan sebelum berhijrah ke Man United dan menjadi legenda penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut.
Rooney sempat kembali semula ke Goodison Park pada musim 2017/18 sebelum menyertai DC United dan Derby. Di mana ketika di Derby, beliau juga beralih ke bidang pengurusan secara terus.
Pengurusan tertinggi Everton mendapat kecaman hebat daripada penyokong mereka sendiri musim ini kerana dianggap tidak ada hala tuju dan tidak kompeten dalam soal bola sepak.
Mereka berterusan membeli pemain tetapi hasilnya tidak ada. Lantas peminat mendesak kesemua ahli lembaga pengarah dirombak semua dan begitu juga dengan bahagian lain seperti Scouting.
Wayne Rooney: “Everton approached my agent and asked me to interview for the job. I turned it down. I believe I will be a PL manager and am ready for that 100%. But I have a job at Derby, which is important to me”. 🔵 #EFC @sistoney67 pic.twitter.com/BmRK4shl05
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 28, 2022