Pemain Muda skuad kebangsaan Indonesia, Ronaldo Kwateh bakal beraksi di Eropah apabila beliau sah menyertai kelab yang beraksi di divisyen dua Liga Turki iaitu Bodrumspor.

Baca Juga:

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana Ronaldo menandatangani kontrak selama dua musim bersama kelab tersebut.

Menurut laman web rasmi Liga Turki, pemain berusia 20 tahun itu sudah berdaftar sebagai pemain Bodrumspor sejak 8 Februari lalu namun masih belum ada sebarang pengumuman dari pihak kelab mengenai ketibaan pemain tersebut.

Kelab lama Ronaldo, Madura United juga masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai perpindahan beliau ke Liga Turki.

Ketika ini, Liga Turki dihentikan sementara ekoran negara itu dilanda bencana gempa bumi yang setakat ini telah menelan puluhan ribu korban jiwa.

Ronaldo mengikut jejak langkah seorang lagi pemain muda dari negara jiran iaitu Marselino Ferdinan dimana pemain itu menyertai kelab Belgium, KMSK Deinze yang juga beraksi di saingan divisyen dua.

Kedua-dua pemain bakal menjadi senjata utama Indonesia yang bakal beraksi dalam temasya Piala Asia B-20 Tahun di Uzbekistan pada Mac ini selain Piala Dunia B-20 Tahun yang bakal berlangsung di laman sendiri pada 20 Mei hingga 11 Jun hadapan.