Impian peminat bola sepak Asia untuk menyaksikan kelibat bintang terkemuka dunia, Ronaldo di pentas AFC Champions League (ACL) musim ini akhirnya menjadi kenyataan.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Berpeluang Bermain Di UCL Sekali Lagi
- Ronaldo Ketuai Kebangkitan 10 Pemain Al Nassr Dan Julang Piala Juara Juara Arab
- RASMI: Sadio Mane Bergabung Dengan Ronaldo Di Al Nassr
Ronaldo ketuai pasukannya, Al Nassr menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli 4-2 sekaligus mara ke peringkat kumpulan ACL sebagai wakil Arab Saudi.
β¨ π€π¨πππππππ β¨
Β©οΈ Captain Ronaldo leads πΈπ¦ Al Nassr into the #ACL Group Stage! pic.twitter.com/GvoI2tl4Gp
— #ACL (@TheAFCCL) August 22, 2023
Bagaimanapun, kemenangan mereka tidak begitu mudah kerana pasukan itu sempat ketinggalan 1-2 sebelum bangkit di minit akhir perlawanan dengan 3 gol.
Penyerang Brazil, Talisca terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan untuk Al Nassr pada minit ke 11 sebelum Yahya Al Ghassani menyamakan kedudukan 7 minit kemudian.
Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama namun Ronaldo berang dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut. Ianya berlaku apabila beliau dinafikan sepakan penalti walaupun tendangannya jelas terkena tangan pemain lawan.
Ketika Al Nassr rancak mengatur serangan, Yahya Al Ghassani menambah gol kedua menerusi serangan balas pada minit ke 46 sehingga mendiamkan sorakan ribuan penyokong tuan rumah.
Namun begitu, Al Nassr tidak mudah putus asa. Mereka bangkit melakukan serangan bertubi-tubi sekaligus memaksa benteng pertahanan Shabab Al Ahli berkeras keras mengekang gerakan Sadio Mane dan Ronaldo.
Cristiano Ronaldo lays it on a plate to Marcelo Brozovic π who gladly clinches the win π #NSRvSAH | #ACL pic.twitter.com/xZWx2BlCFI
— #ACL (@TheAFCCL) August 22, 2023
Usaha mereka membuahkan hasil apabila Sultan Al Ghannam menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 88.
Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, Talisca menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke 95 sebelum Marcelo Brozovic menambah gol keempat pada minit 97.