Karier Jadi Sancho di Manchester United kini ibarat telur di hujung tanduk jika keadaan terus tidak membaik antara dia dan Ten Hag.
Baca Juga:
- Ballon d’Or: Messi Ketuai Senarai Finalis, Namun Tiada Nama Ronaldo
- Al Ittihad Tawarkan Mohamed Salah Gaji Lebih Besar Daripada Ronaldo
- Sancho Dedahkan Pembohongan Ten Hag
Jadon Sancho dilaporkan telah dihukum oleh kelab, di mana pemain itu digantung daripada menyertai pasukan utama untuk latihan serta daripada pemilihan untuk hari perlawanan.
Menurut The Athletic, hukuman itu hanya dibuat oleh United selepas kelab memberikan peluang untuk pemain meminta maaf secara terbuka kepada Erik Ten Hag.
Pemain asal England itu, Jadon Sancho tidak mahu meminta maaf walaupun dia sudah memadamkan tweet yang menyindir Ten Hag sebagai penipu.
Sancho malah lebih rela terus menjalani hukuman sementara waktu ini. Sancho diarahkan berlatih bersendirian oleh Ten Hag. Dan dia hanya boleh menggunakan kemudahan akademi sahaja.
Kelab sudah pun membuat kenyataan rasmi tentang berita bahawa Sancho harus berlatih berasingan daripada pasukan utama.
šØ BREAKING: Manchester United have released official statement on Jadon Sancho.
āJadon Sancho will remain on a personal training programme away from the first-team group ā pending resolution of a squad disciplineĀ issueā, club reports. pic.twitter.com/f4KrzkqpXr
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 14, 2023
Ten Hag juga merancang untuk menjual pemain itu pada Januari ini. Dengan mereka menjangkakan kelab Al Ettifaq dari Arab Saudi akan datang semula dengan tawaran mereka. Selepas tawaran kelab itu pada deadline day lalu ditolak oleh Sancho.
Sebelum ini Erik Ten Hag sudah memberitahu kelab bahawa, jika Sancho terus kekal di United, atau menolak untuk berpindah pada Januari, dia harus mengikuti peraturan khas yang dikenakan ke atasnya.
Sancho perlu tiba sejam lebih awal di kompleks latihan pada hari latihan di adakan. Kemudian Sancho juga wajib hadir kesemua sesi taklimat pasukan.
Buat masa ini perbalahan antara Sancho dan Ten Hag benar benar panas. Walaupun kelab menerusi John Murtough telah cuba mencari penyelesaian.
Pendirian Ten Hag
Ten Hag benar benar pengurus yang membenci kuasa pemain di dalam pasukannya. Jangan kata Sancho, sebelum ini Cristiano Ronaldo pun Ten Hag tidak tunduk.
Pemenang Ballon d’Or itu pernah membuat wawancara kontroversi dengan Piers Morgan di Amerika Syarikat. Selain mengutuk kelabnya sendiri pada masa itu, Ronaldo turut mengecam Ten Hag sebagai tidak menghormatinya.
Kenyataan Ronaldo itu membawa kepada penyingkiran pemain itu daripada pasukan utama.
Kelab Manchester United turut menyatakan sokongan penuh mereka ke atas pengurus untuk membuat keputusan.
Perkara yang sama juga dilakukan kelab dalam isu Sancho.
Manchester United sejak era Ten Hag sudah membuang budaya terlalu berpihak kepada pemain apabila ada krisis antara pemain dan pengurus.
Jadi, Jadon Sancho harus sedar bahawa dia sekarang ini sedang dalam risiko berakhirnya kariernya bersama Man United.
Sancho dibeli dari Borussia Dortmund beberapa tahun lalu dengan nilai sekitar Ā£85 juta. Namun sejak menyertai United dia gagal menunjukkan potensi sebenarnya.
Dan ketiadaan Sancho sentiasa bukan perkara besar buat Ten Hag, memandangkan pemain itu masih gagal mencapai standard yang dia mahukan.
Ketiadaan Antony juga bukan jaminan untuk Sancho mendapatkan tempat posisi sayap kanan secara automatik – walaupun dia tak buat hal tempoh hari.
Kerana menurut koresponden Laurie Whitwell, nama Sancho di belakang Pellistri, serta pemain seperti Bruno Fernandes dan Mason Mount yang boleh digunakan sebagai pemain sayap kanan pada masa ini.
Isu disiplin Sancho sudah berlaku sejak di Man City dan Dortmund lagi. Dan dia kini berdepan dengan pengurus yang langsung tak bagi muka kepada kuasa pemain.