Nama lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Soh Chin Ann menjadi sebutan pengulas terkemuka, Peter Drury ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 diantara Portugal menentang Morocco semalam.
Beliau menyatakan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pemain kedua selepas pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa yang memecahkan rekod 195 penampilan antarabangsa milik Soh Chin Ann.
Malam tadi Cristiano Ronaldo menjadi pemain kedua selepas Bader Al-Mutawa yang memecahkan rekod 195 caps milik Soh Chin Ann. pic.twitter.com/Pwm0HAqLbt
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) December 11, 2022
🏅 Cristiano Ronaldo alcanzó los 196 partidos con la selección de Portugal e igualó a Bader Al-Mutawa (Kuwait) como el futbolista con más partidos en el fútbol internacional de la historia:
1⃣ 🇰🇼 Bader Al-Mutawa: 196
1⃣ 🇵🇹 Cristiano Ronaldo: 196 🆕
2⃣ 🇲🇾 Soh Chin Ann: 195 pic.twitter.com/ypv8TL2WkS— Samuel Vargas (@SVargasOK) December 10, 2022
Ini juga mungkin penampilan terakhir Ronaldo di pentas antarabangsa apabila pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia sekaligus menahan tangisan dimana beliau terus berjalan keluar ke bilik persalinan dengan impiannya untuk memenangi trofi itu musnah.
Kerana dia memikirkan ini Piala Dunia terakhir buatnya. Kecuali Portugal tetap menyertakan namanya 4 tahun lagi dan kemudian mereka menang.
Ronaldo mungkin meraikan kejayaan menyamai rekod penampilan antarabangsa sepanjang zaman dengan kaps Portugal ke-196, tetapi dia sedih gagal membantu negaranya. Kudratnya sudah tidak seperti dulu.
All-time leading appearance makers in men's international football ⚽️
196 – Cristiano Ronaldo🇵🇹
196 – Bader Al-Mutawa🇰🇼 #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/p41BFcI9oS— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 10, 2022
Ada tiga pemain dari Malaysia mencapai penampilan antarabangsa terbanyak
Selain Datuk Soh Chin Ann, ada 3 orang pemain dari Malaysia yang mencapai penampilan antarabangsa terbanyak dan telah menempatkan diri dalam FIFA Century Club berdasarkan kemaskini yang dilakukan oleh FIFA pada 4 Mei 2021 yang lalu.
FIFA Century Club merupakan satu senarai pemain-pemain setiap negara yang telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.
3 pemain Malaysia yang berada dalam senarai FIFA Century Club adalah;
SHUKOR SALLEH | MAS | 163 | 1970-11-15 SVM | 1981-09-12 UAE |
MOKHTAR DAHARI | MAS | 138 | 1972-06-07 SRI | 1985-05-19 KOR |
R. ARUMUGAM | MAS | 131 | 1973-05-17 HKG | 1986-09-23 QAT |
Mengikut senarai ini, Shukor Salleh merekodkan bilangan penampilan paling banyak (sehingga kemaskini 4 Mei 2021) dengan 163 kali, dimana penampilan pertama beliau adalah pada 15 November 1970 ketika bertemu South Vietnam dalam kejohanan King’s Cup 1970.
Jika dilihat dari pemain yang masih aktif beraksi untuk Malaysia, Aidil Zafuan berpeluang untuk berada dalam senarai FIFA Century Club jika terus dipanggil beraksi dengan skuad kebangsaan lagi selepas ini.
Untuk melihat senarai terkini pemain dalam FIFA Century Club, sila rujuk pautan ini.