Hubungan dalam pasukan kebangsaan Portugal kini terlalu rapat menurut kapten mereka Cristiano Ronaldo. Sekaligus telah menepis dakwaan media bahawa kem Portugal kini kurang harmoni.
Baca Juga:
- Portugal vs Switzerland: Ramos Ambil Tempat Ronaldo Dan Cetak Hatrik
- Portugal vs Korea Selatan: Gol Hwang Hee-chan Bawa Taegeuk Warriors Ke Pusingan 16
- FA Portugal Sedia Kemuka Bukti Bahawa Gol Adalah Milik Ronaldo Bukan Bruno Fernandes
Dia malah mengesahkan bahawa pasukan mereka bersatu dengan sangat kuat sehingga tak goyah sedikut pun dengan laporan negatif daripada media.
Ronaldo telah bersuara berikutan dakwaan dia mengancam untuk keluar daripada skuad Piala Dunia Portugal selepas diletakkan di bangku simpanan untuk kemenangan pasukan itu dalam pusingan 16 terakhir ke atas Switzerland.
Spekulasi turut menganggap Ronaldo tidak gembira sehinggakan dia terus masuk ke bilik persalinan ketika rakan rakannya yang lain meraikan kemenangan tersebut.
Perkara itu ditepis oleh Ronaldo dengan satu hantaran di Twitternya.
Ronaldo dedah Hubungan dalam pasukan Portugal terlalu rapat
FA Portugal telah pun menafikan laporan itu, manakala Ronaldo kini telah menulis di akau rasmi media sosial dengan catatan yang menggariskan komitmennya terhadap perkara itu.
“Kumpulan [pasukan portugal] adalah terlalu rapat untuk dipecahkan oleh kuasa luar,” tulisnya di Twitter.
“Negara yang terlalu berani untuk membiarkan dirinya digeruni oleh mana-mana musuh. Pasukan dalam erti kata sebenar, yang akan berjuang untuk impian sehingga ke akhirnya! Percayalah bersama kami! Kekuatan, Portugal!”
Um grupo demasiado unido para ser quebrado por forças externas. Uma nação demasiado corajosa para se deixar atemorizar perante qualquer adversário. Uma equipa no verdadeiro sentido da palavra, que vai lutar pelo sonho até ao fim! Acreditem connosco! Força, Portugal!🇵🇹🙏🏽 pic.twitter.com/gUeENXSB5F
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 8, 2022
Ronaldo berharap dia kembali dalam kesebelasan utama Portugal untuk pertembungan menentang Maghribi tetapi pastinya tidak dijamin mendapat tempat di situ.
Ini selepas penyerang Benfica, Goncalo Ramos telah mencetak hatrik selepas dipilih menjadi penyerang utama menggantikan Ronaldo ketika kemenangan 6-1 menentang Switzerland.
Pemain itu dijangka akan menjadi pemain kesebelasan utama sekali lagi sebagai habuan selepas prestasi cemerlangnya.
Ronaldo pastinya mahu menamatkan kempen Piala Dunia 2022 ini sebagai juara. Dia sebelum ini pernah menyatakan, jika dia berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia, dia akan rasmi bersara daripada pasukan kebangsaan.
Dalam perkembangan lain, Ronaldo yang masih belum ada kelab, dilaporkan telah menolak tawaran kontrak €200 juta dari Arab Saudi, dari kelab Al Nassr. Tawaran rasmi sudah pun dibuat kepadanya.
Namun pemain itu kekal dengan pendiriannya untuk terus bermain di liga utama di Eropah.
Ini kerana Cristiano Ronaldo masih mahu bermain di UCL sebagai keutamannya.