Cristiano Ronaldo menyatakan dia kini telah menjadi manusia yang lebih baik selepas meninggalkan Manchester United.
Cristiano Ronaldo akhirnya telah membincangkan perpisahan pahitnya dengan Manchester United buat kali pertama.
Ronaldo berkata dia sedang melalui fasa paling sukar dalam kariernya ketika meninggalkan Man United.
Legenda asal Portugal itu meninggalkan United buat kali kedua pada November tahun lalu.
The Red Devils memutuskan untuk menamatkan kontrak Ronaldo dengan lebih cepat selepas wawancara kontroversi yang dilakukannya dengan Piers Morgan.
Dalam rancangan bual bicara itu, Ronaldo secara terbuka mengkritik pengurus Erik ten Hag dan beberapa keputusan kelab tersebut. Dia turut mengkritik fasiliti kelab yang usang.
Tindakan Ronaldo itu membuatkan Ten Hag benar benar tidak dapat memaafkan lagi pemain itu. Ten Hag mendapat sokongan daripada pengurusan tertinggi untuk menyingkirkan Ronaldo.
Memandangkan sebelum itu, Ronaldo beberapa kali terlibat dalam masalah disiplin. Ini termasuk balik awal ketika perlawanan pra musim masih berlangsung.
Dan kemudian enggan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi berdepan Spurs, di mana dia terus beredar masuk ke terowing.
Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu turut berpisah dengan ejennya, Jorge Mendes, sebelum akhirnya menerima lamaran Al Nassr dari Arab Saudi.
Ronaldo telah menjaringkan sembilan gol dan dua bantuan gol dalam 10 penampilan untuk Al Nassr.
Penyerang berusia 38 tahun itu kembali diberikan kepercayaan oleh Portugal di bawah pimpinan jurulatih Roberto Martinez.
“Kadang-kadang anda perlu melalui sesuatu untuk melihat siapa yang berada di pihak saya,” kata Ronaldo.
“Saya tidak mempunyai masalah untuk mengatakan saya mempunyai kerjaya yang buruk, tetapi tidak ada masa untuk menyesal.”
Ronaldo kemudian menegaskan bahawa dia kini menjadi manusia lebih baik. Dan akui dia pernah lupa daratan ketika berada di kemuncak kariernya.
Kini dia mendapat banyak pelajaran berguna di dalam hidupnya.
“Hidup harus diteruskan, berjaya atau tidak, ia sebahagian daripada perkembangan saya.”
“Apabila kita berada di puncak gunung, kita sering tidak dapat melihat apa yang ada di bawah.”
Cristiano Ronaldo: “Manchester United? When we are at the top of the mountain, we often don’t see what’s below. I went through a bad phase of my career, I have no problems admitting that. But life moves on”. 🔴 #MUFC
“I understood who are real friends in that difficult moment”. pic.twitter.com/cQIv2HQLfp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 22, 2023
“Sekarang saya lebih bersedia dan pelajaran itu penting, kerana saya tidak pernah mengalaminya, seperti beberapa bulan lepas. Sekarang saya’ saya seorang yang lebih baik,” tambah pemenang 5 Ballon d’Or itu.