Romelu Lukaku telah diserang dengan ejekan berbaur perkauman dengan bunyi monyet ketika sedang bersedia mengambil sepakan penalti.
Baca Juga:
- RASMI: Lukaku Kembali Ke Inter Milan, Hanya Selepas Semusim Di Chelsea
- Lothar Matthaus Percaya Bayern Seharusnya Beli Lukaku Bukannya Sadio Mane
- Del Piero Anggap Lukaku Tak Sesuai Dengan Corak Permainan Di EPL
Pemain antarabangsa Belgium itu meraikan gol penalti penyamaan minit akhir dengan meminta penyokong rasis ke atasnya agar diam.
Lukaku scores, celebrates the way he always does, shouts two things against the racists slurs against him, he’s the first to leave the penalty area. The referee who hasn’t seen anything runs after him to give him a yellow? Why? pic.twitter.com/dx54CsUKbs
— Siavoush Fallahi (@SiavoushF) April 4, 2023
Kejadian itu berlaku ketika aksi separuh akhir Copa Italia antara Juventus dan Inter.
Lukaku dilayangkan kad kuning kedua kerana keraian yang dianggap provokatif itu.
Membuatkan pengurus Inter, Simone Inzaghi berang dengan pengadil. Menganggap ada salah faham tentang keraian Lukaku itu.
Lukaku kemudian bersuara tentang perkara itu. Romelu Lukaku bahawa dia mendengar dirinya diserang dengan ejekan perkauman dengan bunyi monyet.
Dia juga sangat kecewa kerana apa yang pernah menimpanya pada 2019 yang lalu berulang lagi pada kali ini.
Menerusi satu hantaran di IG, Lukaku berkata: “Sejarah itu berulang sendirinya. Pernah melalui perkara ini pada 2019… dan 2023 sekali lagi.”
Racist chants were made against Romelu Lukaku by certain Juventus fans.
(Via @linea_inter)pic.twitter.com/F5K6MSL9h8
— Get Italian Football News (@_GIFN) April 4, 2023
“Saya harapa Liga Itali benar benar mengambil tindakan kali ini, kerana permainan indah ini seharusnya dinikmati semua orang.”
“Terima kasih di atas semua mesej sokongan.”
“F** rasisme.”
Lukaku speaks out on IG after getting racially abused by some fans during Juve-Inter:
“History repeats itself. Been through it in 2019.. and 2023 again..”
“I hope the league really takes actions for real this time because this beautiful game should be enjoyed by everyone..”… pic.twitter.com/gHA33b1L5U
— Italian Football TV (@IFTVofficial) April 5, 2023
Selepas keraian Lukaku itu, pemain pemain Inter dan Juventus telah berkonfrontasi antara satu sama lain.
Cuadrado dan juga Handanovic masing masing dilayangkan kad merah.
Pengurus Inter jelas tak gembira dengan keputusan pengadil yang menurutnya membuatkan Inter selepas ini kehilangan dua pemain penting mereka pada aksi timbal balik.
Aksi pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1.