Romelu Lukaku melengkapkan perpindahannya ke AS Roma yang diuruskan oleh Jose Mourinho.

Masa depan Lukaku akhirnya diselesaikan sebelum jendela perpindahan ditutup selepas 3 minggu Chelsea cuba menjualnya.

Chelsea awalnya enggan menerima sebarang perjanjian pinjaman sekali lagi untuk Lukaku.

Namun akhirnya mengubah polisi perpindahan itu kerana terus gagal menjual Lukaku ke Inter, Juventus atau ke kelab Arab Saudi.

Beberapa isu telah berlaku dalam proses itu. Inter Milan menamatkan rundingan kerana mengetahui Lukaku berunding dengan Juve.

Juve pula tidak dapat membeli Lukaku kerana mereka masih gagal menjual Dusan Vlahovic.

Sementara usaha Chelsea menjual pemain itu ke kelab Arah Saudi ditentang oleh Lukaku sendiri.

Akhirnya AS Roma yang mendengar Chelsea sedia meminjamkan pemain itu, telah tampil untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Belgium itu.

Lukaku akhirnya menyertai AS Roma secara pinjaman bernilai £8 juta.

Bercakap kepada wartawan selepas mengesahkan statusnya sebagai pemain Roma musim ini, Lukaku menganggap Mourinho adalah faktor terpenting dalam keputusannya.

Lukaku sebelum ini pernah bermain di bawah kendalian Mourinho ketika di Man United.

Romelu Lukaku mejelaskan bahawa dia sudah berimpian untuk bermain di bawah kendalian Jose Mourinho sejak kecil lagi.

“Satu panggilan [dari AS Roma] sahaja sudah cukup. Mereka menghubungi saya beberapa hari sebelum pejanjian dipersetujui dan kami bercakap dalam setengah jam tentang cita cita kelab.”

“Saya sempat bercakap sendiri dengan presiden kelab dan apa yang mereka harapkan daripada saya. Saya percaya dengan pasukan ini dan kita harus bekerja dengan sebaiknya.”

“Sejak dari umur 11 tahun lagi, semasa saya kecil saya sudah berimpian mahu dilatih oleh Mourinho.”

“Saya akan bekerja keras untuk beliau. Dia sangat kenal saya lelaki yang macam mana dan dia juga sangat kenal dengan keluarga saya.”

“Dengan bekerja bersama sama kita akan mencapai sesuatu yang hebat bersama sama dengan pasukan ini. Saya menyaksikan aksi daripada rakan sepasukan saya musim lepas. Dan saya akan menganalisis dengan teliti cara mereka bermain dan cuba beradaptasi.”

Akhir sekali Lukaku ada mesej kepada peminat AS Roma: “Saya ingat lagi bermain di sini musim lalu. Ianya sangat hebat untuk masuk ke dalam padang dan melihat penyokong bersorak menyanyi dan memberikan segalanya untuk pasukan.”

“Saya gembira menjadi sebahagian daripadanya sekarang. Terima kasih kerana sambutan anda dan saya dah tak sabar untuk berjumpa dengan anda di stadium.”

Lukaku diraikan ribuan peminat AS Roma ketika tiba di Rom. Dan dia dijemput sendiri oleh pemilik kelab yang menerbangkan jet peribadinya ke London.