Ketua jurulatih pasukan Buriram United, Bozidar Bandovic dalam satu video dalam bilik persalinan jelas berang terhadap pemain-pemainya apabila pasukan itu tewas 1-3 kepada seteru tradisi mereka Muangthong United dalam perlawanan ke 27 Thai League 1 beberapa hari lalu.
Kekalahan itu menyebabkan Buriram United hilang takhta liga kepada pencabar terdekat mereka Chiangrai United dengan perbezaan 2 mata dengan perlawanan liga berbaki 3 perlawanan sahaja.
Bandovic is pissed !! 😡😡 pic.twitter.com/56sWdOEfCQ
— RY9 (@RY9MTUTD) September 14, 2019
Jelas reaksi Bozidar Bandovic ini membayangkan kekecewaannya terhadap aksi anak buahnya yang dilihat longlai ketika berdepan Muangthong United dan tidak boleh menerima kekalahan dengan cara sebegitu.
Dalam video itu juga dapat disaksikan presiden Buriram United, Newin Chidchob kelihat sugul dengan keputusan tersebut.
Chiangrai United kini mendahului kedudukan liga Thai League 1 dengan kelebihan 2 mata dan Buriram United perlu menang semua 3 perlawanan terakhir sambil mengharapkan Chiangrai United gagal mengutip mata penuh dalam perlawanan seterusnya.
Dalam kedudukan semasa juga, Buriram United memiliki kelebihan jumlah jaringan dan perbezaan gol berbanding Chiangrai United yang mungkin memberikan sedikit kelebihan.
Jika gagal menjuarai saingan Thai League 1 2019 ini, besar kemungkinan Buriram United akan muncul sebagai naib juara dan seterusnya terpaksa beraksi dalam saingan kelayakan AFC Champions League 2020.
Teruskan membcaa artikel menarik lain mengenai Thai League 1 dibawah.
39 Pemain Filipina Dipanggil Sertai Latihan Skuad Kebangsaan, 16 Pemain Beraksi Dalam Thai League
FAT Anjurkan Seminar Penyelenggaraan Padang, Dihadiri Semua Wakil Kelab Dari 4 Divisyen Thai League