Dalam bola sepak moden, revolusi peranan bek sayap (wing back) juga tidak ketinggalan dieksploitasi oleh kebanyakan pengurus pasukan di Eropah.

Inverted Wing Back (IWB) kerap kali dilihat tidak lagi bergerak jauh ke kawasan sayap. Sebaliknya kelihatan bermain di kawasan tengah.

Percaya atau tidak, penggunaan IWB dalam sistem formasi yang betul mampu mengimbangi ancaman serangan pantas dari pihak lawan.

Kebiasaaannya, bek sayap klasik akan meninggalkan posisinya dalam tempoh yang agak lama apabila membantu pemain sayap membuat serangan.

Dalam erti kata lain, Bek Sayap akan lambat kembali menutup ruang yang ditinggalkan sebelum serangan pantas pihak lawan dilakukan.

Tidak seperti IWB, yang hanya berada di posisi tengah. Jarak dan ruang yang perlu di tutup lebih cepat diatasi berbanding kawasan tepi kotak D pihak lawan, iaitu kawasan yang kebiasaan pemain wing back klasik melakukan hantaran lintang.

Perubahan peranan wing back moden ini membenarkan IWB menjadi lebih dinamik dalam membantu serangan berbanding hanya berada di kawasan tepi line, menunggu bola dihantar.

IWB ini sangat berguna untuk pasukan yang gemar menerapkan corak permainan penguasaan bola atau dipanggil ‘Possesion Football’

Contoh pemain yang memiliki peranan IWB ialah Kyle Walker di Manchester City, Ben Chilwell, Marc Cucurella dan Reece James bersama Chelsea serta Andy Robertson (Liverpool).

Ciri-ciri yang baik buat seorang Inverted Wing Back.

Seorang IWB yang baik memiliki potensi untuk membuat hantaran-hantaran lolos [through pass] yang tepat. Kebolehan menjadi seorang ‘playmaker’ juga harus diambil berat untuk mengoptimumkan peranan IWB.

Kebolehan membuat hantaran lintang tidak lagi menjadi keutamaan dalam pasukan, kerana IWB hanya berada di kawasan tengah.

Peranan IWB juga mampu berubah dalam tempoh yang pantas dalam situasi perlawanan. IWB boleh menjadi pemain yang pasif bertahan,
mampu menjadi seorang playmaker yang agak agresif.

Dan dalam situasi pasukan yang terdesak untuk mendapatkan gol, IWB boleh diarahkan bergerak ke kawasan Zone14 untuk melakukan tendangan jauh ke arah pintu gol.

Untuk merumuskan peranan IWB dalam formasi, boleh dikatakan agak berisiko tinggi digunakan kerana pemain yang dilatih di posisi ini, sejak peringkat remaja dilatih untuk berada di kawasan tepi padang.

Tetapi sekiranya mereka digunakan pada keadaan yang tepat, ia sangat menguntungkan pasukan dan membantu pasukan dalam situasi-situasi sukar di luar jangkaan pemain bek sayap klasik.