Foto seorang lelaki yang melakukan 2 kerja dalam satu masa menjadi tumpuan warganet apabila tular dilaman sosial media Twitter baru-baru ini bagi menampung perbelanjaan serta simpanan untuk mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya.
Beliau yang dikenali sebagai Amirul Syafieq, kini bekerja sebagai penghantar makanan atau rider di McDonalds selama 8 jam sebelum meneruskan usaha sebagai penghantar makanan GrabFood selama 6 jam pada sebelah malamnya.
Kegigihan Amirul Syafieq itu, telah menjadi satu fenomena apabila gambar tersebut telah diulang siar lebih 30,000 dan digemari hampir 45,000 kali!
8 jam rider mcd, 6 jam rider grabfood. Doakan aku dapat menghalalkan gadis pilihan aku tahun depan guys🥰💕💪🏻 pic.twitter.com/YmUhJdF8Iq
— Amirul Syafieq (@syafieqisa) August 7, 2019
Apa yang lebih menarik mengenai Amirul Syafieq adalah beliau merupakan seorang pemain bola sepak sebelum ini bersama beberapa pasukan di Lembah Kelang.
Menurut Amirul Syafieq yang dihubungi oleh VocketFC semalam, dari tahun 2014 hingga 2016, beliau beraksi selama 2 musim bersama skuad Piala Belia Selangor, Piala Presiden Selangor serta SUKMA Selangor.
— KHUSHAIRI AIZAD (@AizadKhushairi) August 7, 2019
Musim 2017 pula, beliau mewakili skuad Piala Presiden Kuala Lumpur sebelum menyertai pasukan DBKL pada tahun 2018. Kini Amirul Syafieq beraksi bersama pasukan liga sosial Shah Alam Antlers FC.
Kemasukan @syafieqisa di separuh masa kedua dalam perlawanan itu sebagai pemain tengah memberi nafas baru kepada Antlers dengan permainan yang mudah dan efektif.
Sama-sama kita doakan “Kecik” berjaya dalam kerjaya beliau, bolasepak beliau dan memiliki gadis pujaan beliau. pic.twitter.com/gt4yHtSaqS— Shah Alam Antlers FC (@ShahAlamAntlers) August 8, 2019
Dengan impian untuk membina karier profesional dalam bola sepak yang cita-citakan, kecederaan hamstring yang dialami oleh beliau telah menghalang Amirul Syafieq untuk terus berada dalam saingan yang kompetitif.
“Walaupun telah menjalani rawatan, tetapi kecederaan itu tidak pulih sepenuhnya kerana tiada rawatan dan latihan betul,” jelas beliau lagi.
Ditanya mengenai adakah beliau cuba untuk melakukan ‘come back‘ selepas itu, Amirul menyatakan risiko adalah terlalu tinggi dan beliau terus mencari kerja selepas tiada pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.
“Lepas dari tak ada team saya terus kerja. Risikonya sudah pasti akan berulang sebab kekuatan otot tu tak ada dan pasti akan koyak lagi.”
Bagaimana impak kecederaan kepada pendapatan? Ada insurans yang cover kecederaan?
Impak kecederaan ini kepadanya sangat besar dan telah menyebabkan saya tidak ada pasukan untuk musim ini.
Ketika kecederaan berlaku, Amirul Syafieq menjelaskan bahawa beliau hanya dilindungi oleh insuran yang dibayar oleh pasukan sahaja.
Dulu kerjaya tapi sekarang hanya hobi🔥 pic.twitter.com/Q2W4zTG9ge
— Amirul Syafieq (@syafieqisa) August 7, 2019
“Masa tu cuma ada insuran team je. Personal insuran tiada. So habis contract so tiada lagi insuran cover.”
“Karier sebagai pemain bola sepak ini tak lama. Ada yang usia muda seperti saya dah tak ada team dan ada yang injured awal. Dia berkenaan dengan rezeki dan tuah seseorang.”
Bola Sepak Sudah Sebati Dengan Jiwa Saya
“Bolasepak ni dah sebati dalam hidup saya. Mesti kena sentuh juga bola dalam seminggu”, ungkap Amirul lagi.
Terkini beliau menyatakan bahawa telah memiliki sijil kejurulatihan dan mengendalikan pasukan bawah 10 tahun SoccerStar.
Pengalaman Sejak Mula Menjadi Rider Sehingga Sekarang
Sebelum ini Amirul Syafieq bermain bola sepak sepenuh masa dan apabila bertukar kerja kepada seorang rider, rasa kekok dan malu itu wujud.
“Ini ada pengalaman pertama saya sebagai rider McDonalds dan GrabFood.”
“Mula mula tu agak kekok juga la. Rasa malu pun ada. Biasa la dari pemain bola then jadi rider. Saya rasa agak malu.”
Sentiasa bersyukur dalam apa jua perkara🙏🏻 pic.twitter.com/MR4NdJCrXP
— Amirul Syafieq (@syafieqisa) June 4, 2019
“Tapi lepas tu demi mencari duit saya lupakan malu tu.”
“Jadi rider ni macam-macam cabaran. Hadap hujan panas. Jalan sesak. Kereta tukar lorong tak bagi signal. Order tak ada dalam beberapa jam. Tu biasa hidup sebagai rider. Ada order ada la duit untuk kami.”
Nasihat Kepada Pemain Muda Yang Ingin Membina Karier Bola Sepak
Nasihat saya untuk pemain bola sepak yang lain, jika mahu berjaya perlu cipta nama dengan cepat.
“Bila orang dah kenal nama senang naik.”
“Disiplin juga perlu dijaga. Kalau tak ada disiplin pun tidak kemana.”
There’s always a reason to smile. Find it❤️ pic.twitter.com/vOFionhksj
— Amirul Syafieq (@syafieqisa) June 24, 2019
Selain itu, Amirul Syafieq memberitahu bahawa pengambilan nutrien yang bagus serta rehat yang cukup juga penting kepada seorang pemain bola sepak.
“Kerana rehat tak cukup dan recovery tak betul akan menyebabkan kecederaan seperti saya.”
Elemen Pendidikan Mampu Membantu Karier Seorang Pemain Bola Sepak Di Malaysia
Amirul Syafieq yang juga merupakan pemegang Diploma Sains Sukan dari UiTM Shah Alam itu turut menegaskan bahawa pelajaran itu penting.
Bagi saya, jika saya sebagai seorang jurulatih saya mahu pemain yang boleh berfikir, bukan main mengikut kudrat semata-mata. “Player with brain“.
Sekarang ini semakin ramai pemain yang sudah memiliki diploma. Jadi ianya bagus untuk pasukan bolasepak negara kita.
Kami berharap Amirul Syafieq terus dikurniakan kekuatan, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan untuk membina rumah tangga bersama orang tersayang.